Buletin

TESLA DISAMAN PELABUR KERANA BUDAYA TEMPAT KERJA TOKSIK

Sudah banyak skandal yang dikaitkan dengan Tesla dan terbaharu Tesla kini disaman oleh pemegang saham kerana budaya tempat kerja yang terlalu toksik.

Menurut laporan Reuters, tindakan undang-undang itu difailkan oleh salah seorang pelabur, Solomon Chau ke atas Tesla, 11 orang lembaga pengarah dan CEO Tesla Elon Musk kerana telah melanggar kewajipan fidusiari dengan mewujudkan budaya diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja.

“Persekitaran kerja yang toksik ini semakin berleluasa selama bertahun-tahun, dan baru sekarang kebenaran tentang budaya kerja Tesla ini muncul,” ujar Chau di dalam aduan tersebut.

“Budaya tempat kerja Tesla yang toksik ini mampu mendatangkan kemudaratan kepada aspek kewangan dan reputasi buruk yang sukar untuk dibaiki.

Saman yang dikemukakan itu ada kemungkinan berkaitan dengan tindakan undang-undang oleh California Department of Fair Employment anda Housing berhubung diskriminasi dan gangguan bersifat perkauman.

Pada Februari lalu, agensi itu menemukan bukti wujudnya pengasingan tempat kerja mengikut warna kulit yang diamalkan di kilang Tesla Fremount, selain gangguan dan diskriminasi terhadap pekerja kulit hitam di sana.

Malah terdapat juga beberapa pekerja wanita mendakwa gangguan seksual adalah berleluasa di kilang Fremont tersebut. – Reuters

Google ads
Back to top button