Buletin

BMW X5 xDrive45e M SPORT CKD DINAIK TARAF. LASERLIGHT, 8 BEG UDARA, RIM 741M 21″, BERMULA RM457K

BMW Malaysia baru-baru ini memperkenalkan BMW X5 xDrive45e M Sport pemasangan tempatan yang telah dinaik tara ke pasaran tempatan. 

Jentera itu kini dilengkapi sistem lampu utama BMW Laserlight untuk pencahayaan yang lebih terang dan jauh. Lampu hadapan adaptif dengan ciri BMW Selective Beam dilengkapi modul-modul lampu  laser yang membekalkan intensiti cahaya lebih tinggi berbanding lampu dwi-LED.  

Dari segi keselamatan, BMW X5 xDrive45e M Sport didatangkan dengan perlindungan aktif yang melibatkan pemasangan dua beg udara pada tempat duduk belakang, menjadikan semua beg udara kini kepada lapan. Ciri tersebut berfungsi untuk memastikan keselamatan penumpang dengan menutup tingkap dan sunroof secara automatik. 

Satu lagi ciri keselamatan yang ditambah ialah tali pinggang keledar pra-regangan yang akan mengetat secara automatik mengikut kesesuaian penumpang. 

Gayaan BMW X5 xDrive45e M Sport diserlahkan lagi dengan rim aloi 741M bersaiz 21 inci dalam warna kelabu. SAV itu juga hadir dengan ciri-ciri seperti Live Cockpit Professional, Driving Assistant, Parking Assistant Plus, hiburan penumpang belakang dan upholsteri kulit Vernasca. 

Jika berminat, BMW X5 xDrive45e M Sport ditawarkan pada harga RM457,498 seunit. 

Anda boleh memiliki sebuah BMW X5 xDrive45e M Sport menerusi pelan pembiayaan mudah daripada BMW Group Financial Services Malaysia. Berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun, ansuran bulanannya cuma RM4,882. 

GALERI

Google ads
Back to top button