
TESLA MODEL 3 ATASI JUALAN SEMUA MODEL BMW. PETANDA KERETA EV GANTIKAN PETROL?
Sukar untuk mempercayainya, tetapi ini memang berita benar. Pada bulan Ogos, Tesla Model 3 sahaja berjaya mengatasi jualan semua kereta penumpang dari BMW.
Jualan Tesla Model 3 pada bulan Ogos mencecah anggaran 17,800 unit di Amerika. Ia adalah jumlah rekod tertinggi untuk mana-mana kereta elektrik/ plug-in yang pernah berlaku dalam sejarah automotif Amerika.
Seperti yang ramai menjangkakan bahawa Tesla Model 3 adalah model yang paling ditunggu-tunggu ramai. Kebolehupayaan teknologi serta harga jualannya yang berkisar pada harga kereta sedan premium (Audi A4, BMW 3 series, Mercedes C Class, Lexus IS) menyebabkan ia menjadi pilihan ramai.
BACA: KLANG TESLA MODEL 3 AKAN BEROPERASI 24 JAM
Lagipun, ia kereta elektrik sepenuhnya yang tidak memerlukan sebarang penyelenggaran.
Dengan fasiliti kemudahan mengecas yang giat dibangunkan, pakar-pakar dalam industri meramalkan bahawa Tesla akan menjuarai aspek jualan secara keseluruhan tidak lama lagi.
BACA: TESLA AKAN BINA KILANG DI CHINA
Sebagai perbandingan, BMW menjual sebanyak 14,450 kereta penumpang, kurang 2,550 unit berbanding Tesla Model 3 SAHAJA.
Adalah petanda kereta elektrik bakal mengambilalih posisi kereta berenjin pembakaran dalaman di Amerika?
Kemungkinan besarnya Ya.