TGR 2018 TAMPILKAN 6 SELEBRITI BARU – AIMAN TINO & WANY HASRITA PUN ADA, PAK AMID MESTI SUKA NI…
Seperti yang kita sedia maklum, perlumbaan Vios Challenge yang menjadi aktiviti utama kempen Toyota Gazoo Racing 2018 akan memulakan sainganya pada 4 Ogos 2018 di Terengganu.
Sama seperti tahun sebelumnya, selain daripada kategori Sporting bagi pelumba semi-profesional dan kategori Super Sporting bagi pelumba profesional, kategori Promotional yang melibatkan pelumba selebriti juga akan diteruskan.
Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee dan Syukri Yahaya yang berlumba dalam musim pertama akan ikut serta sekali lagi.
Mereka akan disertai oleh enam orang selebriti baru – Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad. Sama seperti kumpulan selebriti pertama sebelum ini, semua mereka akan diberi latihan menerusi Akedemi Vios untuk mempersiapkan diri masing-masing sebelum memasuki litar.
Vios Challenge turut mengekalkan barisan penaja utama. Ini termasuklah Toyo Tyres, Denso, TRD Asia, Enkei, Moty’s, minuman tenaga Drive M7 dan Toyota Capital Services.
Ketika Vios Challenge menjadi tumpuan utama pada hujung minggu TGR Racing Festival, ada banyak lagi aktiviti untuk seisi keluarga bakal disediakan.
Sebagai lanjutan kepada TGR, UMWT akan terlibat dalam aktiviti sukan elektronik (e-Sport) yang mempunyai lebih daripada 14 juta pemain di Malaysia ketika ini.