BuletinMotosikal

TIADA LAGI MOVISTAR, MONSTER ENERGY PENAJA YAMAHA MOTOGP MULAI 2019

 

Pasukan Yamaha MotoGP akan mendapat penaja baru dari syarikat minuman tenaga, Monster Energy sebagai penaja utama mulai MotoGP musim 2019.

Movistar, yang juga pemegang hak penyiaran televisyen di Sepanyol merupakan penaja utama pasukan Yamaha sejak 2014.

Monster Energy sebenarnya turut mempunyai pegangan saham kecil dalam pasukan Yamaha M1 termasuk merupakan penaja utama bagi pasukan satelit Yamaha Tech3.

Bagaimanapun, perpindahan pasukan Tech3 kepada KTM memberi mereka akses kepada penaja satu lagi gergasi minuman tenaga Red Bull.

Perubahan livery motosikal Yamaha-Monster Energy ini akan dapat dilihat menjelang penguhujung tahun nanti. 

Sementara itu, pasukan satelit Yamaha kini sah akan mendapat livery Petronas sebagai sebahagian daripada pasukan SIC.

Penajaan Monster Energy ini melengkapkan posisi mereka sebagai penaja acara sukan motor terbesar dunia seperti Monster Energy Supercross, AMA Motocross, MotoAmerica, FIM Motocross World Championship dan Suzuka 8 Jam.

“Kami ingin memaklumkan, sudah mendapat persetujuan dengan Monster Energy Company sebagai penaja utama pasukan MotoGP,” ujar Lin Jarvis, pengurus pasukan Yamaha Motor Racing. 

“Penajaan ini membolehkan Monster Energy memperoleh penampilan yang lebih baik dalam kelas MotoGP – perlumbaan motosikal paling berprestij di dunia'” ujar beliau lagi.

 

Google ads
Back to top button