Artikel PilihanBuletin

TIADA KERETA TOYOTA DALAM NEED FOR SPEED HEAT KERANA IA MENGGALAKKAN LUMBA HARAM

Senarai penuh kereta yang ada dalam permaianan Need For Speed Heat telah pun dikeluarkan oleh pengeluarnya Electronic Arts tetapi apa yang mengejutkan ramai peminat ialah tidak ada sebuah pun model Toyota di dalam senarai tersenarai. Malah Supra baru yang menjadi topik hangat dunia automotif tahun ini juga tidak tersenarai.

Seorang pengguna Twitter bertanya kepada Toyota UK kenapa tidak ada satu pun kereta dari pengeluar Jepun tersebut  dalam permainan tersebut. Menariknya pihak Toyota UK telah memberikan jawapan dalam masa yang singkat yang berbunyi “Anda boleh menemui kereta-kereta kami dalam permainan GT Sport yang tidak mempromosikan perlumbaan haram.”

Tweet tersebut kemudiannya dipadamkan tetapi berjaya dirakam oleh beberapa orang pembaca termasuklah respon yang diterima dari pihak Need For Speed sendiri.

Satu masa dahulu pelbagai model Toyota boleh didapati dalam kebanyakan permainan video termasuklah Need For Speed. Pok Ya sendiri pernah berpengalaman memandu Toyota Supra JZA80 dalam permainan Need For Speed SE semasa zaman belajar dulu. Tapi beberapa tahun kebelakangan ini, model-model Toyota sudah menghilang dan hanya boleh didapati dalam permainan Gran Turismo Sport  (GT Sport).

Toyota tidak pernah mengumumkan secara rasmi tetapi ramai percaya yang Polyphony Digital, pencipta siri permainan Gran Turismo memang mempunyai perjanjian ekslusif dengan Toyota. Ini mungkin menjadi punca kenapa banyak permainan popular lain seperti V-Rally 4, The Crew 2, Dirt Rally 2.0 dan Forza Horizon turut tidak menampilkan mana-mana model Toyota.

Jadi ramai yang berpendapat ia sebenarnya tidak bersangkut dengan Need For Speed Heat mempromosikan perlumbaan haram tetapi lebih kepada perjanjian eksklusif dengan pihak lain. Tak kisahlah tu, kalau rasa nak pandu sangat kereta Toyota banyak lagi permainan lain yang ada model-model hebat Toyota.

Antaranya ialah Initial D Arcade Stage Zero dan Wangan Midnight Maximum Tune 6. Layan.  

Tapi kalau nak kata permainan video mempengaruhi seseorang menyertai perlumbaan haram ia memang satu alasan yang dangkal. Ia lebih kepada kawalan diri sebenarnya. Contohnya Pok Ya yang dari dulu bermain GTA, tak pernah pula pergi pukul orang kemudian samun kereta. Abang Japar pun main Street Fighter tapi dengar bini bersin terus ambik kain basuhan pergi jemur. Tak ada pulak dia keluarkan skil berguling M. Bison.

Tags
Google ads
Back to top button