Motosikal

BOON SIEW LANCAR SKUTER ESOK, ADAKAH HONDA FORZA 150? PENCABAR N-MAX?

Pihak media sudah mendapat jemputan pelancaran skuter baru dari Boon Siew Honda yang akan berlangsung esok. Kami tidak diberi maklumat terperinci, hanya disebut sebagai model AT (Transmisi automatik)

Mari kita teka. Adakah ia Forza 150? Jika benar, ia akan memberi saingan terbaru kepada penguasaan YAMAHA NMAX di pasaran.

Buat masa ini, Honda mempunyai 3 unit skuter kecil sub 150cc iaitu Spacy 110cc paling kecil, Airblade 125 dengan rekabentuk lebih sporty dan PCX 150– skuter premium dengan pelbagai ciri moden seperti lampu LED, fungsi start-stop dan suntikan bahanapi.

BACA – HLYM PERKENAL YAMAHA NMAX

BACA – HONDA SPACY DILANCARKAN

BACA – HONDA PCX FACELIFT

PCX sebuah skuter yang praktikal sebenarnya, namun semenjak YAMAHA NMAX 155 diperkenalkan, ia terpaksa bersaing berdepan. Tak dinafikan NMAX lebih sporty dan enjin blue-core baru itu juga adalah selling point yang cukup berjaya.

Satu lagi perkara penting ialah NMAX lebih murah, sekitar RM9,000 berbanding sebuah PCX (facelift) yang kini harganya mencecah RM11,000.

honda-forza-150-8

Honda Forza didatangkan dengan 2 spesifikasi utama, 125cc dan 150cc. Di rantau ini, belum ada negara yang membawa masuk model ini hatta di negara yang mencatatkan jualan skuter tertinggi seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Jika Boon Siew membawa masuk Forza 150, kita akan jadi negara pertama yang menerimanya. Kalau mengambilkira pelan perancangan yang diumumkan Boon Siew Honda sewaktu pelancaran RS150R yang lepas, mereka nekad mahu menguasai semula kedudukan NO 1 pasaran motosikal di Malaysia.

Justeru, mereka perlukan Forza untuk merampas semula pasaran 150cc premium. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Boon Siew Honda juga akan perkenalkan MSX125 / GROM pada awal tahun hadapan.

Antara ciri-ciri menarik Honda Forza ialah;

SAIZ RODA

15 inci di depan dan 14 inci di belakang. Sepertimana yang kita ketahui, “kekurangan” sifat skuter ialah roda kecil yang menyebabkannya tidak selesa ketika melalui jalan tak rata. Namun untuk saiz Forza ini, ia menyamai saiz roda kebanyakan maxi berenjin 200-300cc.

honda-forza-150-9

ENJIN EFI

Enjin suntikan bahanapi generasi baru juga adalah yang terbaik. Ia sama dengan unit yang digunakan pada PCX 150.

PENGHADANG ANGIN BOLEHLARAS

Penghadang angin bolehlaras. Nah. Ini kami rasa akan jadi ciri menarik yang bakal diikuti oleh pengeluar skuter lain. Biasanya ciri ini hanya digunakan pada skuter maxi yang lebih besar. Nampak remeh tetapi sangat berguna bagi mereka yang biasa menunggang skuter. Ia boleh dilaras tinggi-rendah sehingga 120mm. Anda boleh sesuaikan kedudukan ketika menunggang di lebuhraya, dalam bandar dan waktu hujan.

honda-forza-150-1

INSTRUMENTASI KLASIK MODEN

Lihat video di bawah dan anda pasti bersetuju dengan kami bahawa instrumentasi sebuah skuter akan nampak mewah bila menggunakan “dial” berkembar. Meter analog di kedua-dua bahagian, kelajuan dan putaran enjin. Bias lampu latarbelakangnya juga nampak menarik.

LAMPU MEMBELOK PADA CERMIN SISI

Ya. Ia adalah rekaan yang tidak murah dan membuatnya begini akan menjadikan skuter nampak premium dan mahal. Bandingkan kos sebuah lampu isyarat di bahagian fairing, berbanding lampu yang diintegrasikan pada cermin sisi. Nampak kelas kau jah!

Apapun, kita kena tunggu esok, hari pelancarannya dan menjelang tengahari, kami akan kemaskini maklumat yang diperolehi. Kami rasakan memang Boon Siew wajib bawa masuk model ni untuk bersaing dengan Nmax dan tak lama lagi nak kena berdepan dengan NVX pula.

 

 

Paparan instrumentasi yang sangat cantik

 

Penghadang angin yang boleh dilaras

 

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button