Buletin

TIADA MODEL PENGGANTI MYVI BUAT MASA SEKARANG? 

Kalau diikutkan, tempoh 12 tahun memang sudah cukup lama untuk sesebuah model kenderaan berada di pasaran. 

Biasanya, model begitu tidak lagi menjadi pilihan dan semakin dilupakan oleh pengguna. Namun, keadaan itu tidak berlaku kepada model kompak Perodua Myvi.

Sejak dilancarkan pada Mei 2005, Myvi dilihat terus dapat mencatat jualan beribu-ribu unit sebulan sehinggalah sekarang. Malah ia menjadi model paling laris di Malaysia hingga tahun 2014. Power betul!

PERODUA MYVI BAHARU DILANCARKAN!

Daam tempoh tersebut, Perodua telah melakukan beberapa bentuk penambahbaikan ke atas Myvi. Selain memperkenalkan generasi kedua pada Jun 2011, kereta bandar itu terus ditawarkan dengan pelbagai ciri baru yang seiring dengan kehendak pasaran semasa.

Kenapa Myvi begitu popular? Antara faktor penyumbangnya ialah praktikaliti, harga yang berpatutan, dilengkapi ciri moden, reka bentuk menarik, menjimatkan bahan api serta mempunyai nilai jualan semula yang baik.  Maka, tidak hairanlah jika Myvi menjadi pilihan pelajar universiti, pekerja kilang, pengurus, cikgu dan hampir sesiapa sahaja.

Persoalannya sekarang, adakah atau bilakah Myvi baharu akan diperkenalkan ke pasaran tempatan? Jawapan yang kami terima mungkin mengecewakan anda. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekuti Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh menyifatkan Myvi masih relevan dan jualannya akan diteruskan.

“Myvi sudah menjadi satu jenama yang begitu kuat. Jadi, kami akan mengadakan kempen jualan atau membuat penambahbaikan bagi memastikan permintaan terhadap Myvi kekal ada.

“Biarpun begitu, kami akan memantau penerimaan pasaan ke atas Myvi. Perodua akan perkenalkan Myvi facelift atau model baharu bila tiba masanya nanti,” kata Aminar dalam satu sidang media sempena program Perodua Media drive ke Pulau Redang hujung minggu lalu.

MYVI: PALING BERNILAI UNTUK WANG

Aminar juga beberapa kali menegaskan bahawa pihaknya akan kekal dengan empat model sedia ada iaitu Axia, Bezza, Myvi dan Alza. Maka, simpan saja angan-angan anda untuk membeli Move (Kenari) atau Myvi baharu.

Dalam perkembangan berkaitan, Myvi mencatat sejarah tersendiri apabila bakal mencapai satu juta unit pengeluaraan tidak lama lagi. Selain pasaran tempatan, Myvi dijual di tujuh negara lain termasuklah Sri Lanka, Mauritius, Brunei, Singapura, United Kingdom, Fiji dan Nepal di bawah jenama Perodua.

Myvi menjadi model eksport terbesar di pasaran Indonesia dengan menggunakan jenama Daihatsu Sirion dengan jumlah 31,000 unit sejak 2007. Secara keseluruhannya, Perodua telah mengeksport 35,400 model Myvi / Sirion sejak 2007 ke semua pasaran berkenaan.

BACA: BUKAN ACAH-ACAH POWER, MYVI+K3VET MEMANG POWER!

BACA: MYVI PASSO DARJAT TERTINGGI!

Google ads
Back to top button