Motosikal

DNC ASIATIC HOLDINGS (DEMAK) LANCAR 8 MODEL BAHARU & 4 KENDERAAN SERBAGUNA 

DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd., pengeluar dan pemasang motosikal Demak hari ini melancarkan lapan model baharu di kilangnya di Banting, Selangor. 

Pengarah Eksekutif DNC Asiatic Holdings, Hu Yin menyatakan lapan model motosikal baharu tersebut akan mula memasuki pasaran tempatan dalam jangka masa terdekat dan boleh didapati di semua pengedar Demak di seluruh negara.

Model motosikal yang dimaksudkan itu ialah ACE 200, D7 150, DJ 90, ECO3, eTROIS, Explorer 150, EZIO 150, EZIO 100, Kobra 110, Sprinter 125 dan XPLOR 150.

Semua model itu dipasang di Malaysia dan belum pernah dipasarkan sebelum ini. “Ada enam model baru dan dua model facelift iaitu D90 dan D7 ,” kata Hu Yin. Manakala empat model serbaguna yang turut dilancarkan ialah 4 runner, Eco 3 (petrol dan elektrik) serta E Trois.

Demak mensasarkan untuk menjual semua motosikal dan kenderaan pelbagai guna itu sebelum hujung tahun ini, bergantung kepada bekalan komponen dari pembekal. Malah sudah ada beberapa pihak telah menyatakan minat ke atas beberapa model keluaran Demak dan kini dalam peringkat perbincangan sebelum perjanjian kerjasama dimeterai.

Sebagai contoh, model 4 Runner ialah kenderaan untuk kerja-kerja berat dan sesuai digunakan untuk sektor perladangan dan pembinaan kecil. Manakala model Eco 3 atau Smart Micro Cold-chain Vehicle (MCV) dan Micro Mobile Business Vehicle (MBC) disasarkan untuk golongan usahawan yang igin memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Dua model tersebut dilengkapkan dengan ciri GPS, panel solar LED, enjin 200cc yang mampu bergerak sehingga 300 km untuk isian penuh petrol. Sementara bateri litihium yang ada padanya mampu bergerak sejauh 100km – 150km, selain beberapa aplikasi pilihan.Harga untuk semua model ini akan diumumkan dalam jangka masa terdekat.

Jelas Hu Yin lagi, ada beberapa pihak menyatakan minat untuk bekerjasama dalam memasarkan dua produk ini. Terutamanya untuk menjana ekonomi golongan ibu tunggal, mahasiswa yang baru mula berniaga dan sebagainya.

Bagi menambah baik model-model ini, DNC Asiatic Holdings bekerjasama dengan Qingdao Aucma, pengeluar terbesar peti sejuk di Asia untuk memasang dan memasarkan peti sejuk beku di kedua-dua model tersebut.

Untuk makluman, Demak menyambut ulang tahun ke 15 pada tahun ini. Sejak awal penubuhannya di Kuching, Sarawak pada tahun 2002 sehingga kini, Demak telah berjaya mengeluarkan motosikal pelbagai model hampir setengah juta unit.

BACA: MV AGUSTA KINI DIEDAR OLEH DEMAK

GALERI

SPRINTER 125

ACE 200

DJ 150

DJ 90

EXPLORER 150

EZIO 100

KOBRA 110

XPLOR 150

Google ads
Back to top button