
TINGGAL ANAK DALAM KENDERAAN. SUSPEK CURI HONDA PILOT PATAH BALIK MARAH, UGUT PEMILIK TU!!!
Polis Oregon sedang menjejak suspek mencuri kenderaan kemudian berpatah balik ke tempat kejadian semata-mata ingin memberi kata dua kepada pemilik kenderaan wanita yang meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta.
Menurut laporan KRTV, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi pada Sabtu lalu di luar pasar Beaverton, ketika ibu berkenaan memasuki kedai runcit dan meninggalkan anak lelaki di dalam kereta dengan enjin masih hidup.
SUV berkenaan dicuri ketika wanita itu berada di dalam kedai malah suspek tidak menyedari anak lelaki berusia 4 tahun mangsa berada di dalam kenderaan.
Apabila menyedari anak mangsa berada di dalam kenderaan, suspek mengambil keputusan berpatah balik ke kedai runcit tersebut.
Wanita itu berkata, lelaki terbabit menjerit dan mengugut akan memanggil polis kerana meninggalkan anak di dalam kenderaan.
“Dia melompat ke dalam kereta, pandu, sedar ada kanak-kanak 4 tahun di dalam dan berpatah balik.
“Dia mengarahkan wanita itu mengambil anaknya keluar daripada kereta dan beredar dari situ.
“Kami bersyukur dia bertimbang rasa mengembalikan semula anak kecil itu,”kata pegawai polis Beaverton, Matt Henderson kepada CNN.
Menurut FOX 32, beberapa jam selepas kejadian, polis turut menemui kenderaan jenis SUV, Honda Pilot 2013.
Bagaimanapun, suspek berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an masih diburu pihak berkuasa. –agensi.