Buletin

AXALTA UMUM ELECTROLIGHT WARNA AUTOMOTIF TAHUN INI. MACAM WARNA HULK!!!

Salah satu syarikat coating terbesar di dunia, Axalta mengumumkan pemenang Warna Automotif Tahun Ini.

Biarpun, warna putih, hitam, kelabu dan perak menjadi warna kenderaan baharu paling popular tetapi tahun ini agak berbeza.

Syarikat berkenaan menamakan ElectroLight sebagai Warna Automotif Tahun Ini.

Ia merupakan rona warna hue hijau-kuning yang menyegarkan dengan menampilkan jiwa berani, kontemporari dengan gaya dan tenaga.

Warna berkenaan boleh dikatakan sebagai warna era baharu kenderaan elektrik.

Menurut Axalta, warna tersebut menggabungkan elemen daripada rekaan sporty dengan prestasi tinggi dan menawarkan fleksibiliti apabila digabungkan dengan aksen warna arang dua tona ataupun kemasan matte sebagai penyelesaian mobiliti.

Selain itu, penggunaan warna berkenaan juga memudahkan ia dikesan sistem radar dan mudah disebarkan melalui pengesanan radio.

Dalam kalangan para pelanggan, ElectroLight masih belum popular lagi tetapi kalau diperhatikan segelintir pengeluar eksotik mula menggunakan warna berkenaan pada jentera mereka.

Sebagai contoh, hijau Verde Mantis digunakan Lamborghini, hijau Mamba (Porsche), hijau Apple Green Metallic (Audi).

Kesemua warna tersebut hampir seperti warna kegemaran Axalta bagi tahun 2021. – motor1

Google ads
Back to top button