
GRAB BERUNDING UNTUK DISENARAI DI BURSA SAHAM AS, BOLEH CECAH NILAI RM164.5 BILION
Syarikat e-hailing dan penghantaran makanan terbesar di Asia Tenggara, Grab Holdings dilapor sedang berunding untuk disenarikan di bursa saham Amerika Syarikat menerusi penggabungan dengan sebuah syarikat di sana.
Jika ia menjadi kenyataan, penyenaraian tersebut dijangka bernilai AS$40 bilion (RM164.5 bilion) dan menjadi transaksi blank-check terbesar setakat ini.
Sumber memberitahu bahawa Grab sedang berunding dengan firma pelaburan dari Silicon Valley, Altimeter Capital Management dan beberapa syarikat lain.
Grab yang berpangkalan di Singapura menyaksikan pertumbuhan cukup pantas sejak ditubuhkan pada tahun 2012 dengan nama MyTeksi. Grab yang merupakan start-up paling bernilai di Asia Tenggara dengan lebih AS$16 bilion (RM65.8 bilion) bagaimanapun masih belum memuktamadkan sebarang perjanijian.
Pada Januari lalu, Reuters melaporkan Grab mencari peluang untuk disenaraikan di AS dan berupaya memperoleh IPO sekurang-kurangnya AS$2 bilion (RM8.2 bilion).
Menurut satu sumber yang enggan mendedahkan namanya, penyenaraian secara tradisional menerusi pelantikan bank di Wall Street masih boleh berlaku.
Grab disokong oleh banyak pelabur global termasuklah SoftBank Group Corp dan Mitsubishi UFJ Financial Group- Reuters
- BACA: ALAMI KEMALANGAN KERANA BAS LANGGAR LAMPU MERAH, PRASARANA MAHU GANTI MOTOSIKAL PENUNGGANG GRABFOOD
- BACA: SUPER APP AIRASIA BAKAL BERI SAINGAN PADA GRAB, GOJEK, WECHAT
- BACA: LEGENDA RALI NEGARA KARAMJIT NAK BELI KERETA BUAT GRAB, TERPAKSA JUAL KERETA SENDIRI
- BACA: RIDER GRABFOOD MAUT SELEPAS LANGGAR LUBANG JALAN DI MUTIARA DAMANSARA








