Buletin

TISSOT: PENJAGA MASA RASMI MOTOGP KINI MUNCUL DENGAN KOLEKSI TERBARU

Tissot merupakan jenama pembuat jam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah ia semakin popular sejak dipilih sebagai penjaga masa rasmi perlumbaan GP motosikal paling terkenal di dunia, MotoGP.

Kerjasama antara Tissot dan MotoGP bermula seawal tahun 2001 dan akan berterusan sehingga 2022.

Melalui kerjasama ini juga Tissot mendapat faedah dengan iklan-iklan semasa perlumbaan dan peningkatan dari segi kemunculan di kaca televisyen seluruh dunia melalui kemunculan mereka pada setiap pusingan MotoGP.

Bukan itu sahaja mereka juga mendapat manafaat kerana turut dipaparkan dalam laman web www.motogp.com dan semua medium media sosial yang berkaitan dengan MotoGP.

Bukan itu sahaja, ia juga memberikan peluang kepada Tissot untuk menggunakan sepenuhnya teknologi dan kepakaran mereka dan menguji kemampuan mereka sendiri ke tahap yang lebih jauh, sama seperti para pelumba dan pasukan mereka yang senantiasa bersedia di grid permulaan.

Sama seperti tahun sebelum-sebelum ini Tissot turut mengeluarkan Tissot T-Race MotoGP 2019 Chronograph Limited Edition yang melambangkan minat mereka yang mendalam terhadap perlumbaan ini.

Tissot T-Race MotoGP 2019 Chronograph Limited Edition ini mempunyai karektor dan pelbagai ciri yang diinpirasikan dari perlumbaan MotoGP. Koleksi jam tangan dengan pergerakan automatik merupakan aksesori yang harus dimiliki oleh setiap peminat MotoGP.

Bahagian belakangnya yang mempunyai penutup lutsinar bermotifkan rim motosikal MotoGP dan bahagian depan dengan rekaan ala brek cakera merupakan antara ciri ikonik yang ada pada koleksi Tissot T-Race MotoGP 2019 Chronograph Limited Edition ini. Malah pergerakan dalaman jam ini juga boleh dilihat menerusi penutup lutsinar tersebut.

Malah pihak Dorna Sports sendiri menyatakan yang mereka sentiasa mempunyai keyakinan penuh kepada Tissot sebagai penjaga masa rasmi Motogp kerana ketepatan mereka. Buktikan ialah kerjasama yang berterusan antara keduanya yang akan berlanjutan sehingga tahun 2022.  

GALERI

Google ads
Back to top button