,
BuletinMotosikal

KALLIO PERLU BUKTIKAN SESUATU UNTUK KEKAL BERSAMA KTM TAHUN DEPAN

Pelumba pasukan KTM MotoGP Mika Kallio mengakui beliau terpakasa membuktikan “sesuatu yang luarbiasa” jika mahu terus kekal bersama pasukan yang berpangkalan di Austria itu untuk musim hadapan.

Kallio, yang merupakan pelumba ujian KTM sebelum ini telah diserap ke dalam pasukan factory tersebut berikutan pengunduran Johan Zarco lebih awal dari yang dipersetujui di dalam kontrak yang sepatutnya berakhir pada 2020.

Dua pusingan tanpa sebarang pungutan mata di mana beliau turut terbabas dalam pusingan di Thailand, ia bukanlah sesuatu yang positif untuk terus kekal dalam kelas premier MotoGP.

Sehingga setakat ini, belum ada pelumba yang akan menggantikan tempat Zarco tahun hadapan dan harapan sebenarnya terletak pada Kallio untuk menggalas tanggungjawab berat itu.

Mengakui bahawa beliau memang “langsung tidak gembira dengan prestasi semasa” dan turut mengakui, antara sasarannya ialah mendapatkan tempat di paddock KTM untuk MotoGP musim 2020. Beliau akui, perlu berusaha lebih keras.

“Pertama sekali, perlu habiskan musim ini dan untuk mendapatkan tempat di KTM tahun depan, saya perlu buktikan sesuatu dari apa yang dilakukan sekarang,” ujar Kallio.

“Saya perlu tamatkan perlumbaan dan berada di posisi lebih baik.”

Pada awal perlumbaan di Thailand tempohari, Kallio nampak bertenaga sewaktu sesi warm-up pada Ahad selepas beberapa “pengubahsuaian” dibuat oleh pasukan KTM.

Beliau berjaya memintas Cal Crutchlow untuk kedudukan ke-16 sebelum terbabas di Turn 8 pada pusingan keempat.

“Apa yang boleh saya cakap? Saya kesal dengan apa yang berlaku dan sudah tentu ada kesilapan berlaku dalam situasi begitu. Kami melihat data dan melihat apa sebenarnya berlaku dan nampaknya tidak jelas bagaimana saya boleh hilang cengkaman tayar hadapan,”

“Pada Turn 8, poin terakhir untuk membrek, saya rasa sesuatu seperti bump kecil pada litar dan tiba-tiba saya hilang cengkaman di depan dan segalanya berakhir.

“Ruang untuk kesilapan sangat kecil dan sudah tentu, saya terus berusaha untuk mengejar pelumba di depan saya. Sebenarnya, pada awal perlumbaan, ia bagus, saya berjaya pintas beberapa pelumba dan dua lap pertama agak positif.

“Saya rasa agak bagus ketika tangki penuh dengan bahanapi. Motor lebih berat dan saya dapat beban untuk cengkaman kedua tayar.

“Saya minta maaf pada KTM sebab kami juga tak mahu perlumbaan berakhir dengan kemalangan. Tapi inilah perlumbaan, ia sentiasa sukar diduga dan saya akan cuba lebih baik pada pusingan akan datang.

Tags
Google ads
Back to top button