BuletinMotosikal

ZARCO SERTAI LCR HONDA BERMULA MOTOGP PHILIPS ISLAND. NAKAGAMI BAKAL TERSINGKIR?

Berita terkini yang dilaporkan oleh laman web yang rapat dengan sumber motogp, motorsport.com, Johann Zarco dikatakan sah akan gantikan Takaaki Nakagami di pasukan LCR Honda untuk bagi tiga pusingan di MotoGP kelas premier tahun ini.

Nakagami yang bergelut dengan kecederaan bahu seperti Marquez tahun lalu, akan mendapatkan rawatan pembedahan penuh. Ketiadaan beliau akan digantikan dengan Johann Zarco buat sementara waktu.

Menyedari proses pemulihan Marquez yang lambat selepas menjalani pembedahan pada penhujung tahun lalu menyebabkan Nakagami menangguhkan rawatan beliau sehinggalah pusingan di Jepun.

Bos pasukan LCR Honda, Lucio Cecchinello memberitahu bahawa calon terbaik yang ada bagi menggantikan Nakagami ialah Johann Zarco untuk menghabiskan saingan di tiga pusingan Philips Island, Sepang dan Valencia.

Zarco berpisah dengan KTM sejak bulan lalu, menamatkan kontrak lebih awal dari yang sepatutnya berakhir pada 2020.

Pihak LCR Honda bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan berita tersebut namun kenyataan rasmi mengesahkan Zarco akan tampil dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Walaupun masih mempunyai kontrak dengan KTM sehingga 2019, Pit Beirer, ketua pasukan perlumbaan KTM memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang halangan kepada Zarco untuk tampil bersama pasukan pencabar lain sebelum tahun 2020.

Terdahulu, Zarco akan kembali sebagai pelumba ujian Yamaha pada tahun 2020 bersama bekas rakan sepasukannya di Tech 3. Peluang bersama LCR Honda ini pasti akan membuktikan sesuatu terhadap pelumba Perancis ini.

Untuk Rekod, Nakagami masih belum menyambung kontrak untuk LCR Honda bagi tahun hadapan. Biarpun berkali-kali memberitahu bahawa kontraknya “akan disambung” namun ketika MotoGP sudah hampir ke penghujung musim, masih belum ada pengesahan dari pihak LCR sendiri.

Adakah peluang kepada Zarco menyertai secara penuh pasukan yang memacu jentera Honda RC213V selepas ini? Jika benar, beliau memang bertuah kerana telah berpengalaman berlumba dengan hampir semua jenis jentera pengeluar!

Google ads
Back to top button