Buletin

TMS 2019: TOYOTA e-PALETTE – MOBILITI AUTONOMI KHUSUS UNTUK ATLET TOKYO 2020

Toyota mengumumkan yang mereka akan membekalkan 20 unit model rekaan khas yang dinamakan e-Palette khusus untuk kegunaan atlet pada temasya sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020. e-Palette yang didedahkan kepada umum pada Tokyo Motor Show pada tahun ini merupakan sebuah kenderaan pintar tanpa pemandu khusus untuk kegunaan mereka yang terlibat dalam sukan terbesar di dunia itu.  

Kenderaan berautonomi yang menggunakan kuasa bateri ini akan bergerak dari kawasan perkampungan Olimpik dan Paralimpik ke gelanggang pertanding untuk menghantar dan mengambil para atlet dan petugas.

Para atlet Olimpik dan Paralimpik telah berusaha dengan gigih untuk mencapai sasaran yang kelihatan mustahil dan kami mahu menyediakan pengangkutan khusus sesuai dengan keperluan merela pada temasya Olimpik Tokyo 2020, demikian jelas Takahiro Muta, ketua pembangunan e-Palette “Tokyo 2020 Version”.

Input yang diberikan oleh para atlet sewaktu pembangunannya memahami dengan lebih teliti keperluan mobiliti para atlet sekaligus menyediakan pengangkutan yang selesa tapi pada masa yang sampaicukup ringkas untuk mereka.

Ia bukan sekadar alat pengangkutan tetapi memberikan peluang untuk para atlet berinteraksi sesama mereka dan berkongsi idea sewaktu bergerak ke destinasi.

Konsep e-Palette ini diumumkan buat pertama kali pada tahun 2018 dan diadaptasi untuk memenuhi keperluan perkampungan Olimpik dan Paralimpik dan menampilkan bukaan pintu yang cukup besar selain pelantar elektrik yang memudah kan kumpulan atlet termasuk atlet paralimpik masuk dan keluar. Walaupun merupakan sebuah kenderaan autonomi ia mampu bergerak dengan kelajuan sehingga 20 km/j.

Menghasilkan e-Palette untuk kegunaan atlet dan petugas merupakan satu daripada elemen penting dalam program khusus Toyota  sebagai rakan pengangkutan rasmi Olympik Tokyo 2020. Mereka juga bercadang membangunkan lagi kenderaan seumpamanya berdasarkan input yang bakal disumbangkan oleh e-Palette pada temasya tersebut.

Ia sememangnya direka khusus untuk keselesaan dan berbentuk kiub dengan empat tayar di penjuru dan menwarkan ruang yang sangat luas. Sesuai dengan tema “Mobility for all”, bahagian rel pemegang tangan dan tepat duduk dicat dengan warna-warna kontras  untuk membantu mereka yang rabun warna. Malah bahagian lantai, tempat duduk dan komponen lain juga direka untuk memudahkan semua pengguna.

Kenderaan ini yang dilengkapi dengan bukaan pintu yang luas dan pelantar elektrik akan memudahkan para penumpang keluar masuk termasuklah yang menggunakan kerusi roda. Ia juga mampu memuatkan 4 penumpang berkerusi roda sekaligus dalam satu masa.

Sistem pemanduan autonominya juga sentiasa memantau persekitaran 350 darjah dan bergerak dengan kelajuan yang yang disesuaikan dengan keadaan sekeliling. Sebagai langkah berjaga-jaga, sistem operator keselamatan dalaman akan sentiasa memerhati pergerakan kenderaan dan bersedia mengambil alih kawalan jika diperlukan.

Google ads
Back to top button