
TOL PLAZA KAJANG KE KL DITUTUP SEBULAN – PLUS
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengumumkan bahawa Plaza Tol Kajang menuju ke Kuala Lumpur akan ditutup untuk semua kenderaan selama sebulan bermula 9 September 2020.
Dalam satu kenyataan, PLUS memberitahu laluan tersebut akan ditutup dari 10pm hingga 5am selepas diluluskan Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Penutupan laluan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan PLUS untuk menambah baik aspek keselamatan Persimpangan Bertingkat Kajang di Lebuhraya Utara Selatan.
“Penutupan jalan juga membolehkan kerja-kerja menebang pokok menggunakan jentera khas dibuat dengan lebih selamat. Justeru, pengguna dari Kajang yang ingin ke Kuala Lumpur dinasihat supaya menggunakan laluan alternatif dengan masuk ke lebuhraya SILK dan Besraya,” jelas PLUS.
Pengguna juga boleh menggunakan lebuhraya SILK dan Besraya untuk masuk ke lebuhraya PLUS menerusi tol plaza UPM.
PLUS juga ingin menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan dan mengikut arahan yang diberikan oleh kakitangannya. – Bernama
- BACA: KES BUDAK TERCAMPAK DI LEBUH RAYA PLUS: PEMANDU MYVI DITAHAN REMAN
- BACA: DISKAUN TOL PLUS 18% MULAI 1 FEB 2020. PLUS TIDAK DIJUAL, KONSESI DISAMBUNG 20 TAHUN LAGI
- BACA: MEDKLINN AUTOPLUS – UDARA KABIN KERETA LEBIH BERSIH, HARGA PROMOSI RM351.20
- BACA: 11 LAGI KAMERA AWAS AKAN DIPASANG DI LEBUHRAYA PLUS







