Buletin

BUDAK DARJAH TIGA PANDU PROTON SAGA DICARI POLIS

Polis dilaporkan sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu sebuah kereta seperti yang tular di Facebook sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, usaha untuk mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan lanjut juga sedang dijalankan kerana membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.

“Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan polis mengenainya,” kata Anuar.  

Hari ini tular video berdurasi 53 saat seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk ‘Handa orang Rombau haa’.

Ditanya oleh seorang lelaki yang dipercayai perakam video, kanak-kanak terbabit memberitahu bapanya yang mengajar dia memandu kereta. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button