Artikel Pilihan

KES BUDAK TERCAMPAK DI LEBUH RAYA PLUS: PEMANDU MYVI DITAHAN REMAN

Mahkamah Majistret Rembau semalam membenarkan reman selama tiga hari terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan menyebabkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun tercampak dari kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan Isnin lepas.

Timbalan Ketua Siasatan Lalu Lintas dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, DSP Shaifulizan Sulaiman berkata, tahanan reman terhadap lelaki berusia 20 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Tan Chai Wei.

Pemandu yang ditangkap kira-kira jam 4.50 petang semalam tiba di mahkamah diiringi oleh beberapa anggota polis akan ditahan sehingga 14 Februari.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon melawat kanak-kanak tersebut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pemeriksaan x-ray mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan memberi sumbangan kewangan dan tempat duduk keselamatan kanak-kanak kepada keluarganya.

Menurut bapa kepada kanak-kanak itu, K. Satthiaseelan, 33, ketika kejadian itu berlaku, dia yang sedang memandu di lorong kanan mendapati sebuah Honda Jazz memberikan lampu tinggi dan terdapat sebuah Perodua Myvi dalam keadaan laju di belakangnya.

“Apabila saya mahu memberi laluan, sebuah Perodua Myvi tiba-tiba datang dari lorong kiri dan bertukar ke lorong kanan melanggar bahagian belakang kereta menyebabkan saya merempuh penghadang jalan.

“Waktu itu, saya melihat anak saya terkeluar melalui tingkap kerusi penumpang hadapan. Saya segera menghentikan kereta di tengah jalan dan mencarinya di dalam kereta, tetapi tiada. Kemudian, saya ternampak dia di tengah jalan lalu saya pergi kepadanya,” katanya.

Mazda CX30

Satthiaseelan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam kejadian itu terutamanya pemandu lori kerana menghentikan kenderaan dan menyelamatkan anaknya.

sumber- Bernama

Tags
Google ads
Back to top button