Artikel PilihanBuletinModifikasi

TOYOTA 86 VERSI SHOOTING BRAKE DIDEDAHKAN DI AUSTRALIA!

Toyota hari ini telah mendedahkan 86 versi shooting brake di Australia.

Toyota-86-shooting-brake-concept-2016-mekanika (3)

Difahamkan bahawa pasukan jurutera Toyota mula membangunkan 86 versi band wagon dua pintu ini sejak lewat tahun 2014 lagi. Ketika itu, Ketua Jurutera Global Toyota 86, Tetsuya Tada melawat Australia dan ditunjukkan dengan model tanah kliat konsep Shooting Brake bersaiz kecil.

“Saya sangat terkejut dan sukakannya. Jadi, saya meminta pakar prototaip kami membinanya,” kata Tada.

Toyota-86-shooting-brake-concept-2016-mekanika (4)

Jentera tersebut direka oleh pasukan Reka Bentuk Produk Toyota Australia. Tetapi peringkat akhirnya dibina menggunakan tangan di Jepun. Lebih menarik, model konsep itu benar-benar berfungsi dan boleh dipandu.

Jika dilihat, penampilan luaran 86 ini tidak banyak berubah. Hanya bahagian bumbung dan belakang telah dimodel semula.

Toyota-86-shooting-brake-concept-2016-mekanika (1)

Ketua Reka Bentuk Toyota Australia, Nicolas Hogios memberitahu, perubahan itu membantu mengekalkan elemen sporty dan penampilan energetik 86.

Dengan penambahan berat cuma 39kg, besar kemungkinan enjin Boxer sedia ada itu tidak memerlukan sebarang peningkatan.

Toyota-86-shooting-brake-concept-2016-mekanika (2)

Kemungkinan model ini diproduksi bagaimanapun masih menjadi tanda tanya. Dengan jumlah jualan 86 yang terhad, melihat model konsep ini menjadi realiti mungkin agak tipis.

Google ads
Back to top button