
SKUTER GESITS ELEKTRIK INDONESIA
Indonesia tidak lama lagi akan menerima motosikal elektrik nasionalnya sendiri. Pembangunan motosikal itu sudah berlangsung sejak 2015. Projek tersebut melibatkan kerjasama di antara Garansindo dan Institut Teknologi Sepuluh (ITS) Surabaya.
VESPA ELETTRICA: SKUTER ELEKTRIK PRODUKSI 2017
MOTOCHIMP: SKUTER ELEKTRIK MINI DARI SINGAPURA
SKUTER MAXI ELEKTRIK C-EVOLUTION
Model dua roda berkenaan dinamakan sebagai Gesits singkatan daripada Garansindo Electric Scooter ITS.
Penampilan Gesits tampil lebih garang dengan warna hitam pada badannya. Lampu utama LED. Rekaan perumah cermin sisi yang tirus pula memberi kesan futuristik.
Jentera itu digerakkan dengan motor elektrik yang berupaya menghasilkan kuasa 5kW dan dibekalkan dengan bateri lithium-ion. Gesits mampu bergerak sejauh 80 sehingga 100 km dengan cas penuh.
Skuter berkenaan diharap dapat dijual lebih murah sekitar Rp20 juta (RM6,000).
Spesifikasi skuter elektrik GESITS
Motor 10kW 96VDC
Kuasa: 5kW @3,000 rpm
Tork: 15 Nm
Transmisi: sabuk dengan ratio 1:3 (motor-roda)
Dimensi: Panjang (1,904mm) x Lebar (687mm) x Tinggi (1,086mm)
Rangka: tubular
Suspensi hadapan: teleskopik
Suspensi belakang: swingarm monoshock
Bateri: Li-ion 1,98 kWh
Sumber foto: NaikMoto.com