
TOYOTA ALPHARD 2024 BERNILAI RM538K? – ENJIN PENGECAS TURBO 2.4L, 276HP
Senarai harga Toyota Alphard 2024 baru-baru ini telah tular di mana Alphard untuk pasaran Malaysia dijual pada tanda harga RM538,000.
Merujuk kepada senarai harga, ia adalah Alphard varian Executive Lounge yang dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 2.4 liter, berbeza daripada ditawarkan di Jepun.
Di pasaran Jepun, Alphard boleh didapati dengan pilihan rangkaian kuasa hibrid atau aspirasi semula jadi biasa, di mana kedua-duanya dijana oleh enjin empat silinder 2.5 liter.

Menurut Toyota, Alphard baharu dibina di atas platform TNGA-K untuk memberikan kadar ketegaran 150 peratus lebih kuat berbanding model sebelumnya.
Dari segi dimensi, MPV ini berukuran 4,995mm (panjang), 1,850mm (lebar), 1,935mm (tinggi) dan jarak roda pada 3,000mm.
Di bahagian dalam, ia sudah pasti menampilkan nuansa mewah termasuk dilengkapi instrumen LCD penuh, skrin sentuh kawalan pusat bersaiz 14-inci, tuil gear elektronik dan brek tangan elektronik.

Selain itu, Toyota juga mengubah suai kedudukan pemanduan, memberi lebih ruang antara tempat duduk baris kedua dan ketiga sebanyak 5mm dan 10mm masing-masing.
Menurut maklumat yang bocor, versi tempatan akan dipacu oleh enjin pengecas turbo 2.4L, menghasilkan 276hp, 430Nm tork dan dipadankan bersama transmisi automatik 8-kelajuan. – Automachi
GALERI:







- BACA: TOYOTA ALPHARD, VELLFIRE BAHARU GUNA PLATFORM TNGA, TAMPIL LEBIH MEWAH, HARGA BERMULA RM154K
- BACA: ALPHARD MP PAS POTONG DI GARIS BERKEMBAR
- BACA: NAIK DENZA D9 DI SHENZEN CHINA. LAGI BEST DARIPADA ALPHARD?
- BACA: AUTO SHANGHAI 2023: WEY GAOSHAN MAHU LAWAN LEXUS LM DAN ALPHARD. PILIHAN HIBRID DAN PHEV, 900KM SETANGKI PENUH