
TOYOTA ALPHARD, VELLFIRE BAHARU GUNA PLATFORM TNGA, TAMPIL LEBIH MEWAH, HARGA BERMULA RM154K
Toyota hari ini secara rasmi melancarkan Toyota Alphard dan Vellfire 2023 serba baharu untuk pasaran Jepun.
Model generasi keempat ini didatangkan dalam dua versi iaitu ICE berkuasa petrol serta HEV (kenderaan elektrik hibrid).
Alphard hadir dalam varian Welcab, standard serta Executive Lounge Hybrid E-Four manakala Vellfire ditawarkan dalam varian Z Premier dan Executive Lounge. Kesemua varian mempunyai susun atur enam-tempat duduk dengan konfigurasi 2-2-2.

Kedua-dua Alphard dan Vellfire, dibina di atas platform TNGA (GA-K). Menurut Toyota, platfrom baharu itu memberikan kadar ketegaran 50 peratus lebih kuat berbanding model sebelumnya.
Dari segi dimensi, kedua-dua MPV ini berukuran 4,995mm (panjang), 1,850mm (lebar) dan jarak roda pada 3,000mm. Bagi ketinggian pula, Alphard adalah setinggi 1,935mm sementara Velfire 1,945mm.
Untuk makluman, ukuran ini adalah berbeza, bergantung pada model serta varian.
Toyota juga mengubah suai kedudukan pemanduan, memberi lebih ruang antara tempat duduk baris kedua dan ketiga sebanyak 5mm dan 10mm masing-masing.

Kedua-dua model kini menampilkan Konsol Overhed Super-Long untuk kemudahan yang dipertingkatkan apabila melibatkan pengendalian peralatan dalaman seperti lampu, pelbagai suis dan corong penghawa dingin.
Sorotan lain termasuklah:
- Universal Steps pada kedua-dua belah pintu gelangsar,
- Bumbung suria (menampilkan pelindung cahaya berasingan untuk penumpang kiri dan kanan)
- Pelindung matahari manual
- Tempat pemijak sisi 220 mm dari atas tanah
- tempat pemegang pada tiang tengah
Bagi aspek keselamatan kedua-dua model, turut dimuatkan ialah Toyota Safety Sense seperti Proactive Driving Assist di mana ia berfungsi sebagai bantuan stereng untuk pemanduan lebih lancar, atau bantuan nyahpecutan.
Selain itu, ia turut dilengkapi Toyota Teammate, berperanan sebagai Advanced Parking, di mana pemandu boleh menggunakan aplikasi peranti pintar untuk meletakkan kenderaan secara jarak jauh, atau keluar dari kawasan parkir yang sempit.
Bukan itu sahaja, ciri menarik lain tersedia adalah Advanced Drive, akan diaktifkan semasa kesesakan atau berada di kondisi perjalanan kurang memuaskan seperti pemandu menghadap hadapan, pemanduan di atas lebuh raya, ciri kawalan jelajah radar dan bantuan pengesanan lorong diaktifkan, keadaan jalan sesak atau kenderaan bergerak pada kelajuan 0-40 km/j.
Beralih kepada kuasa, Toyota Alphard 2023 dikuasakan oleh dua rangkain kuasa berbeza iaitu enjin 2.5 liter 2AR-FE atau enjin Dynamic Force A25A-FXS 2.5 liter empat silinder NA.
Nadi 2.5 liter 2AR-FE berupaya menghasilkan 180hp, tork 235Nm dan digandingkan bersama tranmisi Super CVT-i.
Bagi enjin Dynamic Force A25A-FXS 2.5 liter empat silinder NA pula meghamburkan kuasa maksimum 247hp, tork pada 236Nm, dengan penjimatan bahan api sekitar 16.5km/liter untuk varian E-Four dan 17.5km/liter untuk versi 2WD.
Penjana kuasa hibrid yang sama boleh didapati dalam Vellfire, tetapi ia turut menerima enjin Turbo 2.4 liter eksklusif (T24A-FTS) dengan Direct Shift-8AT, menghasilkan 275hp dan 430Nm tork.
Untuk harga, Alphard 2023 boleh dimiliki pada harga bermula RM154,676 (varian Welcab, versi mesra OKU), RM176,960 (versi Alphard standard) dan RM285,758 (varian Executive Lounge Hybrid E-Four).
Model Vellfire 2023 pula diberi tanda harga bermula RM214,646 (varian Z Premier 2WD) dan RM292,312 (varian Executive Lounge Hybrid E-Four).
GALERI:














- BACA: INI 10 KERETA PALING LARIS DI DUNIA PADA TAHUN 2022. TOYOTA MENDONIA
- BACA: EV MANUAL TOYOTA BAKAL DEBUT PADA 2026: “INI HAL SERIUS UNTUK DIJAYAKAN!” – KOJI SATO
- BACA: TOYOTA TACOMA TRD PRO 2024, PASANG PENYERAP HENTAK PADA KUSYEN
- BACA:TULAR VIDEO TOYOTA SUPRA MK4 GUNA RODA LUTSINAR – DEMI CONTENT!