KETUA REKA BENTUK MIMOS DEDAH LAKARAN DIGITAL PERODUA KANCIL EV
Dunia bergerak dengan pantas terutamanya dalam perkembangan teknologi dan di industri automotif, kenderaan elektrik semakin banyak berada di atas jalan raya, membuktikan kenderaan elektrik menjadi pilihan pengguna saat ini.
Baru-baru ini, ketua reka bentuk perindustrian di MIMOS, Saharudin Busri, mendedahkan lakaran digital ciptaanya bagi model Perodua Kancil EV.
Menurut laporan, konsep reka bentuk itu diilhamkan semasa bengkel lakaran digital yang dihadiri oleh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM). Di bengkel berkenaan, Saharudin menunjukkan bahagian hadapan dan sisi Kancil EV.
Saharudin berkata, reka bentuk Kancil EV adalah berdasarkan kereta Kancil asal dan ditambah pula dengan penggayaan retro.
Dari segi penggayaan, Kancil EV bagaimanapun kekal dengan lampu depan berbentuk empat segi, jalur cahaya berbentuk C yang disambungkan dengan gril kemasan krom, sementara kamera pula berfungsi sebagai cermin sisi.
Menerusi lakaran digital itu, ia sememangnya sesuai untuk dijadikan sebagai EV Rahmah namun Perodua perlu bekerja lebih keras untuk menjadikan ia realiti.
Terdahulu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, PERODUA sedang menuju ke arah pengenalan EV, seiring dengan langkah yang diambil oleh kebanyakan pengeluar kenderaan lain ketika ini.
Tambah beliau, ketika ini PERODUA berada di peringkat pemerkasaan serta peningkatan operasi vendor-vendor tempatan terlebih dahulu bagi pengeluaran kenderaan EV.
Katanya, ini adalah kerana vendor masih lagi kekurangan pendedahan kepada EV dan teknologi maju disebabkan industri automotif Malaysia masih baru menerima kemasukan teknologi EV.
Bagi melaksanakan perkara itu, PERODUA mahu mengenal pasti syarikat global dengan elektrifikasi dan teknologi maju selain meneroka jalinan kerjasama strategik bersama vendor tempatan. – Paultan
- BACA: #IKLAN PILIHAN – JOM MENGEMBARA BERSAMA PERODUA KEMBARA
- BACA: PERODUA ALZA, KERETA TERBAIK BAWAH RM 80K? 8 BULAN MENUNGGU?
- BACA: PERODUA LANCAR AXIA E MT. SASAR GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH, RM22K, SEBULAN RM300 SAHAJA
- BACA: ISU SALAH LAKU UJIAN KESELAMATAN AXIA BAHARU, PERODUA BERI JAMINAN PERSIJILAN UN-R95 MASIH SAH. TIADA RECALL, SELAMAT DIPANDU, PENGHANTARAN SEPERTI BIASA