BuletinSpyshot

TOYOTA AVANZA VERSI FACELIFT 2019 TERDEDAH

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Ia adalah sebuah mini MPV yang paling berjaya di Indonesia. Sejak model pertamanya diperkenalkan pada 2003, platform body on frame yang menghasilkan Avanza dan Toyota Rush ini membuktikan kebijaksanaan Toyota mengisi ruang kenderaan lebih ringkas untuk negara-negara sedang membangun.

Kini ia sudah memasuki generasi kedua. Model ini sudah di pasaran sejak 2012 dan sudah tiba masanya ia menerima perubahan facelift untuk kekal segar dan relevan. Menjelang debut rasminya yang semakin hampir, beberapa foto Toyota Avanza yang baru diperbaharui untuk pasaran Indonesia telah tersebar di platform media sosial.

BACA: AVANZA ATAU XPANDER?

Mini MPV yang baharu disegarkan ini muncul dengan mendapat inspirasi dari abang besarnya, Vellfire & Voxy.

Di bahagian hadapan ia direka dengan rupa bampar yang lebih agresif dengan bahagian khusus untuk lampu kabus. Turut hadir ialah satu set lampu dua peringkat yang dipisahkan di tengah dengan trim berwarna badan, sama seperti Toyota Vellfire.

BACA: QINGXING JINGKE – AVANZA TIPU DARI CHINA

Sementara itu, di bahagian belakang didatangkan dengan reflektor merah baru yang lebih ramping.

Sebagaimana model sebelumnya, Avanza akan ditawarkan sebagai versi standard atau Veloz, dengan bahagian depan dan hujung belakang dengan tampilan yang lebih sporty.

Di bahagian kokpit, rekabentuk umum papan pemuka hampir tidak berubah dari sebelumnya, walaupun terdapat lebih banyak ciri baharu. Antaranya ialah, butang dan skrin untuk sistem penghawa dingin sistem dan penghidup tanpa kunci.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button
Close