Buletin

GM LELONG 4 UNIT CHEVROLET DARIPADA FILEM TRANSFORMERS

Sedia maklum bahawa watak Bumblebee dalam francais filem terkenal Transformers kini sudah beralih daripada Chevrolet Camaro kepada Volkswagen Beetle.

Mungkin kecewa dengan perkembangan itu, GM baru-baru ini mengesahkan ia akan melelong empat buah Camaro yang pernah membuat penampilan dalam beberapa filem Transformers.

Koleksi itu terdiri daripada Camaro daripada filem Transformers, Transformers: Revenge of the Fallen, Transformers: Dark of the Moon, Transformers: Age of Extinction and Transformers: The Last Knight.

Semua jentera tersebut akan dilelong sekali gus oleh firma lelongan Barrett-Jackson’s Scottsdale Auction pada hujung bulan ini. Hasil lelongan akan disumbangkan kepada NGO Operation Homefront.

Operation Homefront bertanggungjawab untuk membantu keluarga pasukan tentera Amerika yang lebih stabil dan kuat.

Tiada maklumat mengenai angka lelongan yang bakal diperolehi. Apa yang pasti, semua jentera itu menggunakan enjin V8 yang dipadankan bersama kotak gear automatik dan pacuan roda belakang.

Cuma apa yang kurang best ialah kereta itu tidak boleh digunakan secara sah di atas jalan raya. Beli simpan dalam almari sahajalah nampaknya.

GALERI

Google ads
Back to top button