
TOYOTA C-HR 2025 HIGH HERO UNTUK EROPAH
Jika ada yang berminat, usahkan negara Asia Tenggara, pasaran di Jepun sendiri belum menerima model ini.
Penawaran di Jepun bermakna pengguna tempatan mempunyai harapan untuk memilikinya melalui pengimport bebas.
Pasaran Eropah begitu menggemari C-HR dan ditunjukkan melalui jualan satu juta unit pada penghujung 2024.
Penampilan C-HR yang menonjol berjaya mengubah persepsi Toyota di Eropah dan memberikan syarikat tarikan emosi lebih tinggi.
Lebih daripada separuh pembeli memilih C-HR kerana reka bentuk dan menjadikannya model utama yang menarik pelanggan baharu kepada jenama Toyota.
Untuk tahun 2025, Toyota menawarkan varian baharu C-HR High Hero buat pelanggan di Eropah dan menggantikan Premiere Edition sebelum ini.
Varian ini menampilkan skema warna bi-tone+ dan memberikan gambaran bumbung lebih rendah menerusi elemen hitam pada sisi dan bumbung.
Perincian gaya baharu juga menonjolkan garisan unik C-HR. Kemasan pada sekeliling jeriji depan dan bibir bampar belakang dibuat dalam warna sama seperti badan kereta.

Warna baharu Metal Oxide tersedia untuk High Hero yang mempunyai kilauan tersendiri. Rim 19 inci baharu warna kelabu kusam melengkapi penampilan luar C-HR High Hero.
Pada bahagian dalam, kerusi dibalut suede dan kulit sintetik Bordeaux merah dan jahitan pelbagai warna.
Tombol gear Liquid Black dan kemasan pintu dan konsol menambah gaya selain balutan panel pintu suede sintetik premium.

Bahagian belakang warna Bordeaux terpapar pada gabungan balutan PVC dan Samara untuk ketahanan.
Dalaman High Hero terasa lebih lapang hasil dari bumbung panorama yang menambah 3 sentimeter ruang kepala.
High Hero juga menggunakan teknologi inovatif untuk mengekalkan haba dalam kabin pada hari sejuk serta menghalang pemanasan berlebihan pada hari panas.

Teknologi inovatifnya membantu mengekalkan haba dalam kabin pada hari sejuk serta menghalang pemanasan berlebihan pada hari panas.
Selain paparan head-up untuk pemandu, bahagian dalaman turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan ambien 64 warna. Teknologi nanoeX™ memastikan udara dalam kabin lebih bersih dan sihat.
Selain High Hero, Toyota menjenamakan semula GR SPORT Premiere Edition sebagai GR SPORT Hero.
GR SPORT Hero (Sebelum ini GR SPORT Premiere Edition)
- Teknologi penyerap hentak FSC untuk pengendalian lebih stabil.
- Peredam dinamik pada penyerap hentak depan mengurangkan bunyi & getaran jalan.
- Rim 20 inci & warna Bi-tone+ untuk gaya lebih menonjol.
- Corak gril G mesh & lencana GR.
- Kerusi sport dengan logo GR.
- Hiasan Liquid Black pada konsol tengah.
- Papar pandu & sistem audio premium JBL.

Pelanggan di Eropah memandu C-HR dengan teknologi hibrid generasi kelima (THS-5) Toyota.
Varian Plug-in Hybrid 220 menawarkan jarak pemanduan sehingga 66 kilometer (km) (kitaran gabungan WLTP) atau sehingga 100 km dalam pemanduan bandar (WLTP EAER City).

Rangkaian kuasa PHEV membolehkan pemandu menikmati mod elektrik sepenuhnya untuk perjalanan pendek dan hibrid bagi perjalanan jauh.
High Hero kini tersedia dengan pilihan enjin 1.8L Hybrid 140 serta 2.0L Hybrid 200 dan Plug-in Hybrid 220.
Toyota C-HR High Hero 2025



Toyota C-HR 2025





