Buletin

TOYOTA COROLLA ALTIS FACELIFT – BERMULA RM121K

UMW Toyota Motor baru-baru ini mengumumkan kehadiran Toyota Corolla Altis facelift ke pasaran tempatan. Disifatkan sebagai model yang lebih selamat dan berbaloi dimiliki, Altis 2017 hadir dalam tiga varian seperti sebelumnya iaitu 2.0V, 1.8G dan Altis 1.8E.

toyota-altis-facelift-2017-mekanika-16

Naik taraf paling ketara ialah tujuh beg udara dan Vehicle Stability Control (VSC) yang dipasang pada semua varian. VSC yang hadir bersama Traction Control (TRC) berfungsi membantu mengelakkan masalah hilang kawalan, terutama ketika mengambil selekoh. Ia juga meningkatkan kestabilan ketika haluan kenderaan diubah secara tiba-tiba untuk mengelak kemalangan.

BACA: WAKU DOKI COROLLA ALTIS

BACA: KISAH KERETA BAHARU TOYOTA CELICA DAN COROLLA (1974) YG TERSADAI DI CYPRUS

Bukan itu sahaja, Altis baharu turut dilengkapi isyarat amaran pemakaian tali pinggang keledar, cagak ISOFIX, alat pengesan parkir di bahagian hadapan dan belakang, ABS dengan Electronic Brakeforce Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA).

toyota-altis-facelift-2017-mekanika-9

Sebelum ini, Corolla Altis telah pun menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP.

“Kami akan terus meningkatkan ciri keselamatan pada kenderaan Toyota demi memberikan perlindungan terbaik kepada para pelanggan,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Toyota_Altis_Idea_2_160921

Corolla Altis kini menggunakan bampar depan dan belakang baharu, bersama rekaan gril yang membuatkan sedan itu kelihatan lebih lebar dan mantap. Semua varian dilengkapi Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED.

Ketika mengundur pula, cermin sisi akan dicondongkan ke bawah secara automatik, sekali gus memudahkan urusan untuk memarkir kenderaan.

toyota-altis-facelift-2017-mekanika-13

Di ruang kabin, perubahan telah dibuat untuk meningkatkan lagi aspek fungsi dan kemudahan kepada pemandu. Ketika membuat pembelian, pelanggan boleh menaik taraf sistem infotaimen sedia ada. Digital Video Recorder (DVR) juga ada ditawarkan.

Dua warna baru diperkenalkan, coklat dan merah menyertai warna sedia ada: putih, perak, kelabu serta hitam. Semua varian didatangkan dengan kabin berwarna hitam.

Toyota_Altis_Idea_2_160921

Sama seperti semua model baharu yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, Corolla Altis hadir bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Anda sudah boleh melihat model baharu ini di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.toyota.com.my atau hubungi talian percuma Toyota: 1-800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button