Artikel Pilihan

SUASANA LOT PARKIR KERETA LELONG DI JEPUN- MACAM DI SYURGA!

Semenjak kebelakangan ini, kami selalu berkongsi dengan pelbagai jenis kereta yang dilelong di Jepun. Untuk pengetahuan anda, industri kereta terpakai  Jepun sangat besar dan kerana saiz itu jugalah agensi melelong kenderaan merupakan pihak yang bertanggungjawab menjual kereta ini semula dalam proses lelongan terbuka.

BACA – SKYLINE KENMERI DILELONG DI EBAY

BACA – SUPRA FAST & FURIOS DILELONG RM753K

Berbeza dengan lelongan yang biasa kita lihat, lelongan di Jepun dilakukan dengan sistem komputer sepenuhnya, banyak kini yang dibuat secara dalam talian (online) dan ada juga boleh dibuat dari rumah pun.

Pun begitu, masih ada proses bidaan yang dilakukan secara manual di mana pembida dibenar untuk memeriksa kereta, membuat catatan sebelum proses bidaan bermula.

uss-tokyo-auction

Kalau anda nak tahu juga, pengimport kenderaan terpakai seluruh dunia juga tertumpu di sini. Ia mudah, jelas dan pantas. Semua maklumat dipaparkan dengan teliti seperti keadaan kereta, gred, pembatuan dan pemilikan.

Walaupun boleh dilakukan secara dalam talian. Tiada yang lebih seronok selain dapat melihat sendiri kereta depan mata, menyentuh dan melihat sendiri sejarah kereta tu. Di bawah ini ialah video amatur yang diambil oleh pihak jdm auction watch dalam petak pameran lelongan di USS Tokyo.

APA YANG ISTIMEWA?

Sebab ini bukan kereta mewah recond macam Vellfire, Elgrand, Estima dan Lexus. Ia adalah barisan kereta lagenda sport 90-an yang cukup payah kita nak jumpa atas jalan hari ini. Bayangkan selang sebiji setiap langkah boleh jumpa Nissan GT-R 32, Evo, RX-7, Subaru Impreza 2 pintu dan macam-macam lagi lah.

Bukan sebiji dua. Beratus-ratus buah! Rasa macam kat syurga dah ni!

 

 

 

Google ads
Back to top button