Buletin

TOYOTA-DAIHATSU TUBUH SYARIKAT BARU UNTUK KUASAI PASARAN KERETA KOMPAK

Minggu lepas, Toyota dan Daihatsu dikatakan telah membuat keputusan untuk menubuhkan syarikat baru untuk pasaran kereta kompak. Kelmarin, Toyota Jepun telah mengesahkan khabar tersebut dan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Toyota Motor Corporation menguasai 100 saham Daihatsu Motor Co sejak awal tahun ini dan kedua-dua syarikat ini telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah syarikat dalaman. Ia khusus untuk memberi fokus pada pasaran negara-negara membangun seperti India, Asia Tenggara dan negara membangun.

Walaupun telah memiliki Daihatsu, namun segala bentuk operasi, penyelidikan dan pembangunan masih lagi dibuat oleh Daihatsu sepenuhnya. Memandangkan kepakaran Daihatsu membentuk kereta-kereta kecil, Toyota merasakan sudah sampai masanya mereka meneroka pasaran negara membangun yang besar potensinya dengan lebih serius.

Daihatsu-Sigra-Indonesia-2016-mekanika (2)

Syarikat baru ini akan ditubuhkan pada Januari 2017 dan sebagai “syarikat dalaman”, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan jenama ini. Syarikat baru tersebut tidak akan melahirkan jenama baru sebaliknya sebagai jambatan perhubungan kerjasama baru yang lebih kukuh di negara yang di sasarkan.

Untuk mudahkan pemahaman, ia tidak akan lahirkan jenama kain seperti Scion atau Lexus, sebaliknya syarikat ini terus menghasilkan jenama Daihatsu dengan produk yang lebih bagus. Pembangunan model baru memakan belanja yang besar dan ia hanya dilakukan pada pasaran yang “terjamin” seperti yang dikuasai di Indonesia bersama Astra Motor.

Keujudan syarikat seperti ini akan memudahkan operasi dengan pengendalian modal, insfrastruktur, kerjasama, penyelidikan dan produksi yang lebih teratur.

Google ads
Back to top button