Artikel PilihanModifikasi

BRABUS CONFERENCE LOUNGE – JAWAPAN MERCEDES KEPADA VELLFIRE EXECUTIVE LOUNGE

Sejak beberapa tahun lepas, pasaran MPV sudah masuk ke fasa baru di mana Toyota cukup sukses memasarkan rangkaian Vellfire dan Alphard mereka. Pada peringkat permulaan, mereka ada saingan daripada Nissan Elgrand. Tapi akhirnya Elgrand jadi sejuk-beku.

MPV 7 tempat duduk lazimnya dikaitkan dengan “people’s mover” namun tanpa disangka, ia jadi keperluan orang kenaamaan untuk sebuah pengangkutan praktikal dengan gaya. Tidak dinafikan, MPV mewah ini sudah berjaya mencuri pasaran mewah yang dimonopoli oleh Mercedes S-Class dan BMW 7 series.

brabus-conference-lounge-sprinter-14

Mercedes-Benz akur dengan perubahan tersebut namun pasaran MPV di Eropah tidak sama dengan kecedenrungan sebelah Asia. Justeru, Mercedes melahirkan minivan-ulitliti pelbagai guna dengan fungsi yang sama. Mengangkut sejumlah manusia diluar bilangan sebuah kereta tetapi adakah ia cukup eksklusif?

Sudah tentu tidak, Vito dan Sprinter di bina berasaskan kerangka minivan. Digunakan untuk pelbagai tujuan-dari komersial kepada penumpang. Namun apa akan jadi jika van ini diserahkan kepada rakan pembangunan mereka si BRABUS?

Maka lahirlah sebuah kenderaan luarbiasa. Sebuah pesawat kelas bisnes 4 roda membawa bos-bos besar yang inginkan perjalanan mewah. Brabus memperkenalkan Brabus VIP Conference Lounge yang dihasilkan dengan adaptasi model Mercedes Benz Sprinter.

brabus-conference-lounge-sprinter-9

Ia dibina semula dengan bahagian dalaman modifikasi penuh untuk golongan korporat. Hampir sama dengan versi Royal Lounge pada varian Alphard/Vellfire. Ini adalah versi kedua yang dikeluarkan selepas edisi Brabus Business Lounge yang dilancarkan beberapa tahun lepas.

Semua kerusi asal Sprinter telah dibalut semula dengan bahan alcantara kelabu gelap di samping fungsi pemanas kerusi bagi setiap unit. Ia didatangkan dengan 6 port USB, meja mensyuarat Brabus, sistem hiburan yang sofistikated yang menampilkan 2 unit televisyen di sisi dinding dan tablet bersaiz 10 inci.

Bagi memastikan penumpangnya sentiasa dapat berhubug dengan dunia luar, ia dilengkapi dengan router LTE kelajuan tinggi, pemain media dengan AppleTV generasi ke4, pemain BluRay, lampu kabin yang lengkap serta sebuah peti sejuk.

brabus-conference-lounge-sprinter-12

Sebuah van tak akan berubah kualiti pengendaliannya jika menggunakan suspensi-sebuah van. Justeru pihak Brabus merombak set keseluruhan dan menggantikannya dengan suspensi udara. Barulah cukup selesa bak sebuah Maybach lagaknya.

Bukan sahaja tentang kabin, bahagian teknikal kereta ini juga mendapat kelengkapan yang sewajarnya. Antaranya ialah adaptive brake light, lane keeping assist, blind spot assist, collision prevent asist dan paling penting bahagian kosmetik juga telah berubah.

Bahagian hadapan dipasangkan dengan skirting, jeriji baru, tambahan wheel arch, rim monoblok 18 inci dan bampar satu tona. Selain itu, ia didatangkan dengan dengan lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu utama bi-xenon dengan fungsi membelok.

Jadi berapakah harganya?

Euro €224,910 atau kira kira RM1 JUTA.

OK. Baik tak payah. Boleh beli 2 biji vellfire 3.5 yang paling mahal.
 

brabus-conference-lounge-sprinter-13brabus-conference-lounge-sprinter-13 brabus-conference-lounge-sprinter-12 brabus-conference-lounge-sprinter-11 brabus-conference-lounge-sprinter-6 brabus-conference-lounge-sprinter-7 brabus-conference-lounge-sprinter-8 brabus-conference-lounge-sprinter-9 brabus-conference-lounge-sprinter-10 brabus-conference-lounge-sprinter-5 brabus-conference-lounge-sprinter-4 brabus-conference-lounge-sprinter-3 brabus-conference-lounge-sprinter-2

Google ads
Back to top button