Buletin

TOYOTA GAZOO RACING FESTIVAL DI STADIUM BATU KAWAN MEMANG MERIAH, DATANG SEKARANG!

Jika anda peminat sukan pemotoran, ingin melihat kelibat selebriti dari dekat atau gemarkan aksi pemanduan drift, pastikan anda datang awal ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada hari ini.

Acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival yang julung-julung kali diadakan ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk semua.

Walaupun hujan turun dengan lebat sepanjang petang semalam, ia nyata tidak melemahkan semangat hampir 11,000 orang pengunjung untuk menikmati semua aktiviti yang telah disediakan. Terdapat juga gerai makanan, minuman, tayar Toyo, rim dan banyak lagi untuk anda kunjungi.

Kemuncak acara tentulah perlumbaan Vios Challenge yang melibatkan 40 buah Toyota Vios dengan spesifikasi identikal. Melibatkan tiga kategori dengan tempoh 25 minit bagi setiap perlumbaan, litar sempit sejauh 1.7km itu memang menguji kemahiran setiap pemandu.

Aksi lumba yang paling dinanti-nantikan semestinya Promotional Category. Ia manyaksikan selebriti seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Janna Nick, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee berentap mempamerkan kebolehan masing-masing.

Vios Challenge juga melibatkan dua kategori lain. Sporting Category menampilkan 18 orang pemandu dan disertai oleh pelumba yang telah menamatkan latihan di Vios Challenge Racing School.

Super Sporting Category pula menyaksikan penyertaan pemandu-pemandu ternama tanah air. Antranya ialah Boy Wong, Kenny Lee, James Veerapan, Syafiq Ali, Mark Darwin, Mitchel Cheah, Rocky Seow, Akina Teo dan Raja Drift Malaysia,Tengku Djan Ley.

Untuk memberikan pengalaman unik kepada pengunjung, TGR ada mempersembahkan aksi drift. Lebih menarik lagi, ahli kelab pemilik Toyota diberi peluang untuk mempelajari kemahiran pemanduan tersebut.

Bagi menghangatkan lagi suasana, juara Drift D1 serta Drift Muscle dari Jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino akan membuat penampilan khas.

Dibawakan oleh penaja utama Toyo Tires, pasangan pemandu itu akan mempamerkan set kemahiran pemanduan mengujakan di dalam sebuah jentera Toyota 86. Kawabata ketika ini merupakan pemegang Guiness World Record bagi pemandu drift paling laju dengan catatan 304.96 km/j.

Jangan lepaskan peluang untuk mendekati model SUV kompak terbaru, Toyota C-HR yang membuat penampilan umum pertama di wilayah Utara. Model ini akan dipamerkan bersama model-model Toyota sedia ada.

Bagi mereka yang ingin membeli kereta Toyota, promosi ‘Beli & Menang’ ada ditawarkan. Tempah model Toyota dan anda berpeluang untuk memenangi sebuah Toyota Vios Sport Edition atau kunjungan ke Tokyo Motorshow 2017!

Masuk ke Toyota GAZOO Racing Festival adalah percuma. Ia bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam.

Nak cerita banyak pun tak guna. Anda kena datang untuk merasai sendiri kemeriahan TGR. Anda tidak akan menyesal.

 

Google ads
Back to top button