Buletin

INI GAMBAR JARAK DEKAT ROLLS-ROYCE PHANTOM BAHARU – BUKAN KERETA TETAPI OBJEK MEWAH

Rolls-Royce baru sahaja melancarkan Phantom baharu beberapa minggu lepas. Mengekalkan tradisi RR, model baharu itu tidak kalah dalam menarik perhatian ramai.

Ini pula koleksi gambar RR Phantom yang pertama kali dibawa ke bilik pameran. Penampilan itu bukan calang-calang kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

Malah ia adalah satu-satunya lokasi di mana Phantom boleh dilihat selain dari ibu pejabat Rolls-Royce.

RR Phantom 2018 telah dihantar ke bilik pameran Rolls-Royce Motor Cars London di Mayfair. Cawagan itu dimiliki oleh Kumpulan H.R. Owen yang sememangnya terkenal dalam memasarkan kenderaan mewah.

Syarikat tersebut telah beroperasi dari tahun 1927 lagi (dua tahun selepas Phantom diperkenalkan) dan sehingga kini turut mengedarkan beberapa jenama lain Bugatti, Rolls-Royce, Aston Martin, Bentley, Ferrari, Maserati, Lamborghini dan BAC.

Phantom generasi kelapan ini dianggap sebagai objek mewah terbaik di dunia selain simbol prestij apabila seseorang dapat memilikinya.

Walau bagaimanapun, RR Phantom masih belum boleh dimiliki sehingga ia diedarkan secara rasmi pada tahun 2018. Objek mewah bergerak ini dikuasakan oleh enjin 6.75 liter V12 turbo berkembar dengan output setinggi 563 hp.

Sistem suspensi juga canggih yang diibaratkan sebagai menaiki karpet magik. Sistem tersebut dihubungkan dengan kamera bagi mencerap permukaan jalan raya untuk membuat penyediaan suspensi sebelum kereta sampai ke poin yang dilalui. Hebat bukan?

Bagaimana pula dengan harga?

Masih tiada harga rasmi. Jika hendak dibuat rujukan, RR Phantom generasi ketujuh dijual pada harga USD 422,925 (RM 1,817,770) untuk model asas.

Lagi bacaan menarik tentang Rolls-Royce:

ROLLS-ROYCE SWEPTAIL – KERETA BARU PALING MAHAL DI MUKA BUMI, RM54.6 JUTA!

ROLLS-ROYCE GHOST ELEGANCE INI DICAT DENGAN SERBUK PERMATA

Google ads
Back to top button