Buletin

TOYOTA GR SUPRA RACING CONCEPT – LAGENDA KINI KEMBALI

Toyota GR Supra Racing Concept melakukan debut pada acara Geneva Motor Show 2018, sekali gys menghidupkan kembali nama model sports paling popular Toyota, Supra.

Kemunculannya juga menjadi bukti komitmen Toyota untuk membawa kembali Supra ke pasaran.

Sebagai sebuah kereta sports rakyat ketika ia mula-mula diperkenalkan dahulu, Supra sememangnya memiliki reputasi hebat di atas jalan raya dan litar. Ia mendominasi perlumbaan Japan GT dan mengumpul kelompok peminat yang cukup ramai.

Supra terus menikmati status ikon walaupun selepas 16 tahun produksinya dihentikan. Populariti itu banyak disumbangkan oleh penampilannya di dalam filem Fast and Furious, selain menjadi model pilihan dalam permainan video Gran Turismo.

Jenama Supra mula diperkenalkan pada tahun 1978 untuk versi lebih besar dan berkuasa generasi kedua Celica. Dikenali sebagai A40, Supra terus dihasilkan dengan tiga generasi lagi iaitu A60 (1981), A70 (1986) dan A8 pada tahun 1993. 

Produksi itu diteruskan segingga tahun 1992 dan generasi terakhirnya menjadi model produksi paling berkuasa Toyota. 

Kembali kepada Toyota GR Supra Racing Concept. Kereta sports dua pintu dengan pacuan roda belakang itu dibina menggunakan material ringan.

Dihasilkan oleh TOYOTA GAZOO Racing, model konsep tersebut mengetengahkan falsafah “seronok untuk dipandu” yang menjadi komitmen Toyota dalam menghasilkan kereta lebih baik.

Nombor 90 pada pintu adalah kod nama Supra, sekali gus memberi petanda bahawa Supra akan kembali sebagai generasi kelima. Model konsep perlumbaan ini memliki reka bentuk dramatik, termasuklah wing belakang yang besar.

Bampar hadapan, belakang, skirting sisi, perumah cermin sisi serta peresap udara dibina menggunakan material komposit yang kukuh dan ringan.  Manakala cermin utama dan tingkap diperbuat daripada plastik.

Penampilannya diserlahkan lagi dengan penggunaan rim perlumbaan BBS yang dibalut tayar Michelin. Ruang kabin pula memang fokus terhadap perlumbaan dengan tempat duduk OMP, papan pemuka yang ringkas dan abah-abah keselamatan.

Jentera ini bakal ditampilkan dalam permainan video Gran Turismo Sport yang dibangunkan oleh Polyphony Digital Inc. dan dijadual diperkenalkan pada April 2018.

GALERI

Google ads
Back to top button