Motosikal

YAMAHA EGO SOLARIZ 2018 – 4 WARNA BAHARU, HARGA KEKAL RM5,548 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam mengumumkan bahawa skuter Yamaha Ego Solariz 2018 kini didatangkan dengan warna dan rekaan grafik yang baru.

Solariz yang terkenal sebagai skuter bersaiz kecil boleh didapati dalam warna merah, biru, ungu dan magenta. Manakala warna perak sebelum ini digugurkan.

Walaupun mendapat warna baharu, harga Solariz masih tidak berubah iaitu RM5,548 seunit dengan GST (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan nombor plat).

Skuter tersebut dikuasakan oleh enjin silinder tunggal SOHC dengan sistem penyejukan udara. Enjin bersesaran 125cc itu mampu menjana kuasa mencecah 9.38hp dan tork 9.6Nm yang disalurkan ke roda menerusi kotak geat CVT.

Memiliki kapasiti tangki 4.3 liter, Solariz cukup sesuai untuk ditunggang di kawasan bandar. Ruang penyimpanan barang seluas 10 liter di bawah tempat itu memudahkan penunggang menyimpan barangan peribadi seperti baju hujan dengan selamat.

Solariz dipasang dengan brek cakera pada roda depan dan brek jenis gelendong di belakang. Sementara rim bersaiz 14 inci itu dibalut dengan tayar bersaiz 70/90 di depan dan 80/90 (belakang).

Solariz yang dikenali sebagai Mio M3 di pasaran Indonesia sudah boleh anda beli di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai minggu ini.

Google ads
Back to top button