Buletin

LOTUS SAH AKAN BANGUNKAN JENTERA ELEKTRIK PERTAMANYA, TYPE 130

Lotus mengumumkan bahawa ia akan menghasilkan sebuah model serba baharu selepas lebih sedekad.

Apa yang lebih mengujakan ialah model itu hadir dalam bentuk elektrik sepenuhnya, pertama buat jenama Lotus. 

Ia menggunakan nama Type 130 dan bakal meneruskan legasi sejarah penghasilan kereta sports ringan selama  71 tahun di Norfolk, United Kingdom. 

“Type 130 akan menjadi model paling dinamik dalam sejarah Lotus. Ia juga menandakan perubahan penting jenama ini, selain membuktikan keupayaan sebenar Lotus,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Phil Popham. 

Jentera itu bakal dilancarkan di London pada hujung tahun ini.   

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Tags
Google ads
Back to top button