Buletin

PADA 1995, TOYOTA STARLET GLANZA DIPERKENALKAN DI JEPUN

SHARE

UMW Toyota Motor baru sahaja memperkenalkan Toyota Yaris di pasaran tempatan. Jika dibandingkan dengan pasaran ASEAN lain, negara kita memang lambat ditawarkan model ini.

Kereta hatchback sememangnya mempunyai pengikut tersendiri jika tidak masakan Perodua Myvi masih lagi bertahan sebagai kereta kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Hakikatnya pengguna tempatan memang sukakan kereta hatchback, sebelum kereta sedan seperti Proton Saga diperkenalkan, model kompak hatchback seperti Daihatsu Charade dan Toyota Starlet mudah dilihat di atas jalan raya.

Setelah jenama nasional membanjiri pasaran tempatan, model-model hatchback keluaran Jepun semakin terhimpit dan satu perkara menarik ialah wujudnya fenomena dalam meminati model seperti Starlet.

Siapa sangka model ini begitu sukar ditemui dan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit seperti model Starlet Glanza.

Starlet Glanza adalah siri daripada keluarga generasi kelima dan terakhir Starlet sejak mula diperkenalkan pada tahun 1973.

Starlet generasi kelima diperkenalkan oleh Toyota pada 26 Disember 1995 di Jepun.

Model ini dibina bagi sebagai kereta penumpang asas untuk abad ke-21 dan dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan, cekap bahan api dan berbaloi untuk wang.

Toyota Starlet Turbo 2E 1986

Pada awalnya Toyota memperkenal dua varian utama iaitu Reflet dan Glanza.

Reflet adalah perkataan Perancis atau luster dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kecemerlangan manakala glanz pula merujuk kepada menyinar atau kesinaran.

Berikut ialah ciri-ciri utama Toyota Starlet generasi kelima:

  • Model pertama didalam kelas kenderaan kecil yang dikeluarkan di Jepun dilengkapi teknologi ABS sebagai ciri standard untuk kesemua varian
  • Juga ciri standard untuk kesemua varian ialah beg udara bahagian pemandu
  • Cermin depan yang melindungi penumpang daripada UV dan sinaran infra merah
Toyota Starlet Turbo 2E 1986 sebelum diganti dengan 4E-FTE
  • Enjin 1.3 liter 4E-FE dilengkapi teknologi sistem kawalan ketukan (knock-control system), monifold kemasukan dengan port panjang dan pemasa injap yang diubah suai untuk pemanduan lebih selesa dan mudah di bandar dan lebuh raya
  • Enjn 4E-FE mencatatkan penggunaan minyak 21 km/liter (empat kelajuan manual)
  • Enjin 4E-FTE mempunyai turbi dengan roda turbin yang direka semula untuk penghidupan enjin lebih cepat dan mempunyai dua mod sistem kawalan tekanan boost iaitu high dan low
  • Lengan bawah (lower arm) suspensi depan lebih ringan daripada sebelumnya manakala karakteristik komponen spring dan sesendal (bush) direka semula untuk keselasaan dan pemanduan lebih lancar
Toyota Yaris generasi pertama – Era baharu Starlet

Starlet Reflet mempunyai sejumlah varian iaitu Reflet, Reflet f dan Reflet x. Starlet Reflet ditawarkan dalam jenis badan dua dan tiga pintu dan menariknya terdapat varian dengan enjin 1453 cc diesel.

Starlet Reflet turut didatangkan dengan dua pacuan iaitu 2WD dan 4WD.

Selain itu harus diketahui tidak semua Starlet Glanza ditawarkan dengan enjin turbo. Hanya Starlet Glanza V dilengkapi enjin 4E-FTE manakala Glanza S dibekalkan enjin 4E-FE aspirasi normal.

Tags
Google ads
Back to top button