Artikel Pilihan

TOYOTA HIGHLANDER XSE – APABILA GAYA MEWAH DAN KELAJUAN BERSATU

Dalam barisan SUV Toyota untuk menawan pasaran di benua Amerika, mereka mempunyai sebuah model yang cukup menarik ditawarkan, Toyota Highlander. Tapi yang ini bukan sembarangan, tetapi telah dipakaikan dengan lencana XSE buat pertama kalinya terhadap model Highlander.

Untuk yang kurang mengenali, XSE merupakan suatu lambang sesuatu yang lebih sporty, pengendalian khas sistem gantungan, trim dalaman yang esklusif serta paras rupa yang lebih menawan. Maka sewajarnya Toyota Highlander generasi keempat yang dibina berdasarkan Toyota New Global Architecture turut dipakaikan lencana XSE (Extreme Sports Edition) ini.

Model yang dikhususkan untuk golongan yang memerlukan kepelbagaian fungsi sebuah SUV tapi dalam masa yang sama merindui kesedapan dan keselesaan memandu sebuah kereta sedan. Rekaan luaran terutamanya menampilkan ciri yang lebih berani dan lincah. Baru nampak garang.

Melihatkan rekaan gril dan bampar juga kelihatan cukup garang. Grill bahagian atas telah direka semula bagi membolehkan lebih banyak udara disedut masuk ke ruangan enjin. Menambahkan lagi kegarangan Toyota Highlander XSE ini apabila rim bersaiz 20 inci digunapakai.

Secara asasnya, badan SUV bersaiz penuh ini dipacu oleh enjin V6 3.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 295 hp yang turut dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan. Boleh pilih pula sama ada berkenan dengan Pacuan Roda Hadapan ataupun Pacuan Semua Roda jenis Dynamic Torque Vectoring.

Menarik tentang sistem Pacuan Semua Roda yang maju ini, ianya dapat menyalurkan sehingga 50% kuasa tork ke roda belakang yang dapat mengawal pengedaran sekata ke kiri dan kanan sekaligus memberikan pengalaman pemanduan yang lebih seronok.

Dan untuk menambahkan lagi kesedapan pemanduan, model XSE ini turut dilengkapi dengan pegas berkeupayaan tinggi, bar penstabil dan juga penyerap kejutan yang ditala semula.

Bahagian kabin SUV juga kelihatan cukup bergaya, mewah dan dalam masa yang sama masih kelihatan sporty untuk dipandu oleh pemandu berjiwa muda. Tempat duduknya dibalut dengan kulit dwi warna merah / hitam disamping trim Softex. Panel pintu juga senada dengan tempat duduk tiga barisan itu.

Toyota Highlander XSE ini turut menawarkan sistem bunyi yang premium 1200 watt buat penumpangnya daripada jenama JBL. Barulah sedap sikit nak melayan muzik dikala bosan memandu. Sebenarnya SUV yang bagak ini baharu sahaja membuat kemunculan perdana sewaktu Chicago Auto Show awal Februari sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mencari pembeli baharu, yang mungkin dah bosan dengan tipikal rekaan SUV jenama Amerika Syarikat.

Mazda CX30

BACA : TOYOTA HIGHLANDER 2017

BACA : TOYOTA HIGHLANDER 2020 – 8 TEMPAT DUDUK JIMAT MINYAK SEHINGGA 14.5KM/L

Tags
Google ads
Back to top button