
SUBARU WRX STI 2021. ENJIN BOXER TURBO 2.4L, TRANSMISI MANUAL, 400HP
Subaru WRX STI generasi baharu didakwa akan memiliki kuasa mencecah 400hp selepas enjin boxer turbo 2.4 liter menerima talaan semula. Ini sekali gus menjadikannya model STI dari kilang paling berkuasa pernah ditawarkan.
Versi enjin yang telah dinaik taraf itu kini dipasang pada model SUV Subaru Ascent.
Ini merupakan peningkatan kuasa yang ketara kerana model STI sekarang hanya berkuasa 304hp. Ia menggunakan enjjn boxer turbo 2.0liter, sama seperti yang ada pada WRX Impreza.

Sumber rapat dengan Subaru memberitahu pasukan jurutera Subaru kini sibuk meningkatkan keupayaan enjin boxer turbo FA24. Enjin itu sebelum ini hanya mampu menghasilkan kuasa sekitar 260hp sahaja.
Enjin FA24 dipilih berikutan garis panduan emisi yang semakin ketat. FA24 dilhat sebagai calon paling sesuai kerana ia lebih efisien dan bersih.
Antara naik taraf yang dibuat pada enjin itu termasuklah crankshaft dan pinton yang diperkukuhkan, injap dan port pengambilan ditala semula, tekanan boost diubah suai, kapasiti brek ditambah baik serta banyak lagi.
Aspek pengendalian yang mantap pula diserahkan kepada sistem pacuan empat roda simetrikal.

Subaru dilihat seperti mengambil masa lama untuk menawarkan WRX dan STI baharu. Ini kerana pembangunan model tersebut jauh berbeza dengan Impreza asas. Subaru menganggapnya sebagai model-model tersendiri, biarpun berkongsi banyak komponen yang sama.
Subaru mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai projek kereta berprestasi tingginya. Namun, laporan media sebelum ini ada menyebut bahawa model itu bakal ditawarkan dengan transmisi manual.