Buletin

TOYOTA HIGHLANDER 2017

Toyota akan melakukan debut model Highlander versi peningkatan di New York International Auto Show 2016.

toyota-highlander-2017-mekanika (2)

Model popular Highlander menerima pelbagai peralatan dan teknologi terkini, luaran dan kabin serta transmisi automatik lapan kelajuan Direct Shift.

Model SUV dengan tiga baris tempat duduk itu memiliki ciri penggayaan, teknologi, keselesaan, keupayaan dan keselamatan.

toyota-highlander-2017-mekanika (10)

Reka bentuk luaran menyerlahkan penghalusan dan kekukuhan yang melengkapkan imej kabin yang premium. Sekaligus menetapkan satu tanda aras lebih tinggi dalam segmennya.

Model generasi keempat itu menawarkan  ruang sehingga untuk lapan orang dengan pilihan tiga enjin dan enam varian. Termasuk model sporty SE.

toyota-highlander-2017-mekanika (3)

Versi  Highlander Hybrid kini menerima dua gred baharu (LE dan XLE) yang menambah kepada barisan model sedia ada  iaitu Limited dan Platinum.  Semua model hibrid  Highlander kini dipadankan dengan pacuan semua roda (AWD).

Enam model petrol Highlander akan terus ditawarkan dengan pilihan LE, LE Plus, XLE, SE, Limited dan Limited Platinum. Semuanya tersedia dengan pacuan roda hadapan dan AWD.

toyota-highlander-2017-mekanika (1)

Soal prestasi, model Highlander 2017 akan dipertingkatkan dengan tambahan kotak gear Direct Shift automatik 8-kelajuan. Transmisi itu akan dipadankan dengan enjin 3.5 liter V6 pancitan langsung.

Dalam usaha bahan api lebih efisien, varian Highlander (tidak termasuk LE) didatangkan standard dengan sistem  enjin Stop/Start.

toyota-highlander-2017-mekanika (7)

Sementara Highlander 4×2 LE petrol pula masih menggunakan enjin 2.7 liter 4-silinder bersama transmisi automatik 6-kelajuan. Semua model hibrid terus mengaplikasikan transmisi CVT.

Toyota Highlander menerima gril atas/bawah baharu berdimensi besar. Beberapa varian lain menggunakan gril dengan cat perak dan kemasan krom.

toyota-highlander-2017-mekanika (9)

Bahagian belakangnya diperkemaskan dengan kombinasi rekaan lampu baharu.  Hiasan krom pada bampar belakang menyerlahkan lagi varian Platinum dan Limited.

Pada bahagian kabin, Toyota memadankan dengan kemasan kulit coklat pada varian Limited dan Platinum. Toyota menawarkan lima  sambungan USB untuk kemudahan penumpang mengecas telefon pintar atau gajet.

toyota-highlander-2017-mekanika (4)

Selain itu, Toyota juga menyediakan  pilihan kerusian barian kedua yang terpisah (captain seat) sehingga mampu menampung tujuh penumpang. Atau bangku panjang sehingga lapan orang.

Keselamatan para penumpang menjadi perhatian Toyota dengan tawaran Toyota Safety Sense P (TSS). Ia terdiri daripada Pre-Collision System, Forward Collision Warning, brek kecemasan automatik, Lane Departure Alert, lampu tinggi automatik, Pedestrian Pre- Collision System dan Dynamic Radar Cruise Control.

toyota-highlander-2017-mekanika (8)

Dikeluarkan oleh Toyota Motor Manufacturing, Indiana (TMMI) di Princeton, Toyota Highlander ini akan dipasarkan pada musim luruh di Amerika Syarikat.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button