
‘KING’ MYVI MASUK DALAM PARIT GARA-GARA CUBA MEMOTONG
Setiap kali musim perayaan, pastinya jalan raya menjadi sesak ketika orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung atau bercuti.
Dalam aspek pemanduan, bukan hanya keselamatan dititikberatkan namun kesabaran juga perlu diambil kira apabila berhadapan pelbagai situasi dan kerenah pemandu lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, memaparkan sebuah Myvi tersangkut di dalam parit ketika hendak memotong di simpang suatu jalan di Setiu, Terengganu.

Menerusi perkongsian dari akaun TikTok @m.7annn, Myvi berkenaan dilihat condong ke kiri kerana tersangkut di dalam parit dan pemandu itu cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan keretanya dari situ.
Menurut @m.7annn, tiada pemandu berdekatan menawarkan bantuan atau turun untuk memeriksa pemandu.
Tambahnya lagi, ia barangkali bertujuan untuk memberi pengajaran kepada pemandu tersebut supaya lebih bersabar dan tidak memotong hingga mendatangkan bahaya.
Di penghujung video, pemandu bagaimanapun berjaya mengeluarkan keretanya dari parit meskipun bahagian bampar mengalami kerosakan.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata menasihati supaya bersabar dan memandu penuh berhati-hati terutamanya ketika dalam keadaan sesak.
“Nak sangat potong line pastu tersangkut. susah dapat, malu pun dapat,” komen dari pengguna TikTok.
“Ingat satu pesan ni je, bersabar itu penting, jangan terlampau ikutkan hati, kan dah mendapat,”
Komen lain, “Dari tak kena keluar modal, terus kena keluar modal. Sabar tu penting bang.” – The Rakyat Post







