
RADAR LANCAR RD6 BUSINESS EDITION. JARAK GERAK SEHINGGA 632KM, HARGA BERMULA RM90K
Radar baru-baru ini melancarkan model pikap elektrik baharu iaitu RD6. Kemasan baharu itu dikenali sebagai ‘Business Edition’ dan boleh dimiliki pada harga AS$21,000 (RM93,668).
Pelanggan yang memesan sebelum 4 Mei menerima diskaun sebanyak AS$700 (RM3,122). Jadi mereka akan memiliki pikap elektrik ini dengan tanda harga AS$20,300 (RM90,546).

Berdasarkan platform SEA, RD6 mempunyai dimensi 5,260mm panjang, 1,900mm lebar, 1,830mm tinggi dan jarak roda berukuran 3,120mm. Dari segi saiz, ia hampir seperti Toyota Hilux.
RD6 diserlahkan lagi dengan rim aluminium 17-inci selain, reka bentuknya mirip Geely Haoyue.

Bahagian kabin juga memiliki perincian serupa dengan SUV tersebut termasuklah skrin utama, stereng, skrin infotainmen 12.3-inci, HUD, serta OS Galaxy Geely untuk mengendalikan semua sistem.
Semua tahap trim RD6 didatangkan bersama motor belakang 200kW, menghasilkan tork 384Nm sementara kelajuan maksimum dihadkan kepada 185km/j, manakala daya pecutan 0-100km mengambil masa 7.3 saat.
Bagi bateri pula, ia menawarkan pek LFP 63kWj (CLTC 410km), pek ternary NMC 86kWj (CLTC 550km) dan bateri NMC 100kWj (CLTC 632 km).
- BACA: INILAH GEELY BOYUE COOL. 1.5L TURBO, STERENG ANTI-BAKTERIA, LANCAR 1H 2023
- BACA: GEELY NAFI TIRU REKA BENTUK KERETA CHANGAN AUTOMOBILE – TUDUHAN TAK BERASAS DAN MENGELIRUKAN
- BACA: GEELY LANCAR SUV PHEV GALAXY L7 DAN MODEL KONSEP EV – GALAXY LIGHT
- BACA: GEELY DAN RENAULT RANCANG TUBUH SYARIKAT, DIJANGKA BEKAL ENJIN KEPADA PROTON!






