Buletin

TOYOTA PERKENAL HARRIER PHEV DI JEPUN. HARGA BERMULA RM198K

Toyota memperkenalkan Harrier dengan trenkuasa PHEV untuk pasaran Jepun yeng merupakan Harrier paling berkuasa pernah dihasilkan.

Beberapa perubahan visual telah dibuat untuk membezakan model plug-in hibrid dengan varian lain. Pelanggan boleh memilih satu daripada empat pilihan warna, termasuk warna eksklusif kelabu metalik untuk gril hadapannya.

Ruang dalaman diserlahkan dengan kemasan jahitan warna merah gelap, selain penggunaan material mesh logam pada panel instrumen dan trim pintu. Ciri standard utama pada varian baharu Harrier itu termasuklah tempat duduk belakang debgan ciri pemanas. Turut tersedia ialah monitor pandangan panoramik.

Toyota kemudian melengkapkan semua varian Harrier dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense, paparan infotainmen berukuran 12.3 inci, WiFi dalam kenderaan dan peranti instrumen digital 12.3 inci.

Harrier PHEV menggunakan bateri ion-litium 18.1 kWj yang membolehkannya bergerak dengan kuasa elektrik sehingga 93km. Bateri itu mengambil masa 5 jam 30 minit untuk dicaj penuh jika menggunakan pengecas 200V/16A.

Bateri berkenaan digabungkan dengan enjin empat silinder 2.5 liter yang mampu menjana 130kW (174hp) dan tork 219Nm, bersama dua motor elektrik 134kW (180hp) di depan dan belakang 40kW (54hp) di belakang.

Toyota masih belum mengumumkan harganya. Tetapi menurut media tempatan, SUV berkenaan dijangka ditawarkan pada harga RM198,000 seunit. Model petrol dan hibrid yang dinaik taraf akan mula ditawarkan mulai 4 Oktober, varian PHEV bakal berada di pasaran pada 31 Oktober depan.

Google ads
Back to top button