Buletin

SELAMBA SAMAKAN TOYOTA AE86 DENGAN ISWARA, REAKSI WANITA DAPAT PERHATIAN NETIZEN

Toyota AE86 yang popular menerusi siri animasi Initial D sememangnya menjadi idaman dalam kalangan peminat kereta. Dikatakan harga jentera JDM (Japanese Domestic Market) itu kini mencecah RM150,000!

Toyota AE86 dilancarkan pada 1983 sebagai varian Corolla generasi kelima. Kereta idaman ramai itu menggunakan enjin DOHC 1.6-liter 4A-GE, konfigurasi DOHC 16-injap yang berupaya menghasilkan kuasa 130bhp dan dipadankan bersama kotak gear manual 5-kelajuan.

Dalam satu klip video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini, seorang wanita dilihat menyamakan Toyota AE86 itu dengan Proton Iswara. Keterujaan melihat kereta tersebut akhirnya bertukar menjadi kejadian lucu.

Telatah wanita tersebut hanya disambut ketawa kecil oleh pasangannya yang merakam AE86 itu dari kawasan parkir.

“Kereta JDM? Kereta apa itu? Apa istimewa dia? Macam Iswara je. Nampak buruk je.” katanya.

Video tersebut menarik perhatian warganet terutamanya penggemar kereta JDM. “Dia tak tau lagi harganya, selamba kata Iswara,” tulis seorang pengguna Facebook pada hantaran tersebut.

Ada juga komen menyatakan bahawa pasangannya menyamakan Toyota AE86 dengan Proton Saga lama bapanya. “Macam wife saya pulak dia cakap macam Saga lama ayah dia.” – Himpunan Cerita Lawak

Google ads
Back to top button