Buletin

DILEMA PENGELUAR BAHAGIAN ENJIN PEMBAKARAN, KEKAL ATAU BERALIH KEPADA EV?

Pembuat bahagian enjin automotif perlu mengintai pasaran kenderaan elektrik sekiranya mahu terus relevan dalam industri automotif.

Pembuat bahagian enjin menghadapi beberapa tahun yang sukar sejak pasaran EV meningkat. Ia membuatkan mereka harus melabur begitu banyak untuk jentera baharu, sambil bergelut dengan kejatuhan jualan kereta bahan api fosil.

Dalam dekad terakhir di Kesatuan Eropah, ketika Britain masih menjadi ahli Kesatuan Eropah, diesel adalah bahan api hijau masa depan. Pembuat kereta, termasuk pelanggan utama Evtec Jaguar Land Rover, melabur berpuluh bilion dalam model diesel baharu termasuk kapasiti pengeluar.

Kemudian EU, didorong sebahagiannya oleh skandal penipuan emisi Volkswagen, kini telah memihak kepada EV dan merancang untuk mengharamkan jualan kereta enjin pembakaran menjelang 2035.

Pada tahun 2015, diesel membentuk hampir 52 peratus daripada jualan kereta EU. Selepas skandal VW dan peralihan yang memihak kepada EV, diesel jatuh kepada 19.6 peratus daripada jualan EU pada 2021 dan terus jatuh pada tahun ini. Di Britain, jualan kereta diesel berkurangan separuh iaitu hanya 8.2 peratus pada 2021.

Penjualan kereta enjin petrol di EU merosot sekitar 40 peratus pada 2021 dan akan jatuh lebih teruk apabila Eropah memilih kenderaan elektrik.

Pembekal alat ganti enjin utama seperti Vitesco dan Schaeffler sudah melabur dalam peralihan kepada elektrik, tetapi pemain yang lebih kecil seperti Evtec, yang mana data penjejakan tidak tersedia secara meluas mesti menyesuaikan diri atau terus ketinggalan.

Selain itu, beberapa pembuat kereta utama telah memberi amaran bahawa pekerja akan kehilangan tempat kerana motor EV hanya mempunyai satu pertiga daripada bahagian enjin pembakaran dan memerlukan tenaga kerja yang sedikit.

Untuk pembekal pula, pembekal alat ganti enjin perlu menyesuaikan diri untuk menumpukan pada perniagaan EV atau mempelbagaikan produk ke dalam industri. Jika tidak, ia adalah masa yang sukar untuk pembekal terus kekal dalam jalur perniagaan.

Google ads
Back to top button