
TOYOTA INNOVA ZENIX BAKAL DILANCARKAN NOVEMBER INI, GUNA PLATFORM TNGA, HARGA BERMULA RM112K
Pengedar Toyota di Indonesia sudah mula menerima tempahan Toyota Innova Zenix yang dijangka dikeluarkan secara rasmi pada November ini. Wang deposit sebanyak RM4,650 boleh dibayar selepas kereta tersebut dikeluarkan.
Model generasi baharu itu akan dilengkapi enjin hibrid dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu tiga model G, V dan Venturer. Seperti model generasi pertamanya, Innova generasi kedua tersebut mengekalkan konsep model generasi pertama, menggunakan casis ladder frame sama seperti trak pikap Toyota Hilux.
Toyota Innova Zenix akan menggunakan asas platform TNGA, dengan jarak roda 100 mm lebih panjang daripada model semasa, mencecah 2,860 mm.

Ia turut akan dilengkapkan dengan spesifikasi lainnya, seperti sunroof, TSS (Toyota Saftey Sense) dimana teknologi ini disepadukan dengan Pre-Colission System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) with Curve Speed Reduction, Lane Tracing Assist (LTA), hingga Automatic High Beam (AHB).
Selain itu, ia akan disertakan T-Intouch untuk perhubungan komprehensif antara kenderaan dan smartphone. Kegunaan T Intouch adalah membolehkan pemilik kenderaan mengesan lokasi sekiranya terjadi kecurian.
Toyota Innova Zenix akan dilengkapi dengan Sistem Hibrid Toyota generasi kedua, sama seperti Toyota Corolla Cross Hybrid, menggunakan enjin 1.8 liter empat silinder NA dan juga motor elektrik.
Toyota Innoza Zenix, juga dikenali sebagai Kijang Innova di Indonesia, dijual pada harga bermula RM112k untuk varian asas G, manakala untuk varian tertinggi, yang dikenali sebagai Kijang Innova Venturer dijual pada harga sehingga RM150k.
- BACA: HONDA HR-V 2022 MASUK PASARAN INDONESIA. HONDA SENSING, 4 VARIAN, HARGA BERMULA RM105,000
- BACA: TOYOTA VOXY 2022 MASUK PASARAN INDONESIA. HARGA BERMULA RM163,000
- BACA: TOYOTA ALTIS 2022 MASUK PASARAN INDONESIA. 2 VARIAN, TEKNOLOGI T INTOUCH. HARGA BERMULA RM136,552
- BACA: SUV ELEKTRIK WELTMEISTER EX5 MASUK PASARAN INDONESIA TAHUN 2022