Artikel Pilihan

TOYOTA “KANTOI” BANGUNKAN 8 PATEN GEAR MANUAL UNTUK KERETA ELEKTRIK

Jika anda perasan, kereta berkuasa elektrik hanya dibekalkan dengan satu gear tunggal berbanding dengan kereta berkuasa petrol yang diberikan sehingga 6 ratio bagi gear manual. Ini kerana motor elektrik mampu menjana tork yang tinggi pada 0 RPM dan boleh beroperasi sehingga 19,000 RPM.

Menyedari kepentingan mengekalkan gear manual untuk kepuasan pemanduan, Toyota didapati sedang membangunkan sistem transmisi manual melalui 8 paten gear manual untuk EV melalui beberapa fail paten yang terdedah dalam internet secara tidak sengaja. Berdasarkan kandungan fail, rekaan gear tersebut memberikan rasa pemanduan manual yang “palsu”.

Bagi memberikan rasa gear manual, Toyota didapati membangunkan beberapa teknologi seperti klac pedal untuk EV, proses penukaran gear yang disimulasikan khas untuk EV serta perisian yang mengganggu penghasilan tork dari motor seolah-olah penukaran gear sedang dibuat oleh kereta berkuasa petrol dengan gear manual

Salah satu paten tersebut menyebut ” kenderaan berkuasa elektrik dilengkapi dengan tombol gear dan pedal klac yang meniru penukaran gear sama seperti gear manual. Tombol gear ini akan dioperasikan oleh pemandu untuk memilih gear virtual yang disediakan. Sistem pemprosesan akan mengira ratio virtual yang sesuai berdasarkan kelajuan motor elektrik yang sesuai”

Berdasarkan fail paten ini juga, ia mencadangkan bahawa Toyota akan memasang sistem ini dengan 3 tawaran mode penukaran gear. Mode pertama memerlukan pemandu menggunakan klac dan tombol gear dan mode kedua tidak memerlukan penggunaan klac. Manakala mode ke tiga beroperasi seperti gear transmisi automatik biasa

Kandungan paten juga mendedahkan jika mode ke tiga digunakan, kereta ini akan beroperasi sama seperti kereta berkuasa petrol yang akan menyentap sedikit setiap kali penukaran gear virtual dilakukan oleh ECU. Mungkin sistem ini juga sesuai untuk kereta sport EV prestasi tinggi yang menukar gear mungkin pada 8000 RPM

Pada ketika ini kita mungkin tidak boleh membayangkan bagaiamana EV Toyota beroperasi dengan menggunakan sistem gear manual virtual, klac virtual dan penukaran gear secara virtual tapi ia sebenarnya direka bagi menawarkan keseronokan pemanduan walaupun pada sebuah EV. Virtual dalam aspek ini bermaksud gear dan klac sebenarnya tidak wujud secara fizikal, tapi dihasilkan melalui perisian komputer

Google ads
Back to top button