TOYOTA MR-2, ENJIN V6 3500CC TURBO DENGAN 850 KUASA KUDA
Selain daripada Toyota Supra yang mahal dan Toyota AE-86 yang murah, Toyota juga menghasilkan sebuah kereta sport yang diletakkan antara 2 model di atas. Jika Mazda boleh mnghasilkan MX-5, maka jawapan Toyota kepada roadster ini ialah Toyota MR-2. Sama seperti MX-5, ia direka untuk keseronokan pemanduan dengan berat yang sangat ringan.
Dengan hanya seberat 996 kuasa kuda, enjin 1800cc 1ZZ-FED VVT-i yang menjana 138 kuasa kuda dan 171 Nm tork sebenarnya sudah cukup bagi membuat pecutan 0-100km/j dalam masa 6.8 saat. Tapi ia sebenarnya tidak cukup laju dan berkuasa bagi Pieter Zellie jadi dia menggantikan enjin 1ZZ tadi dengan enjin 3500cc V6 Toyota daripada kumpulan enjin 2GR
Cuma kami tidak pasti enjin 2GR versi mana yang digunakan kerana hasil carian mendapati Toyota memiliki 5 varian enjin 3500cc V6 2GR. Dengan bantuan turbo enjin ini menjana 850 kuasa kuda dengan semua kuasa dihantar ke tayar belakang. Dengan konfigurasi MR, iaitu enjin berada di tengah dan pacuan belakang, 850 kuasa kuda ini sebenarnya cukup menggerunkan bagi pemandu biasa
Sebelum ini, enjin talaan pasukan Pieter hanya mampu menjana 680 kuasa kuda sahaja. Namun Pieter Zellie bukanlah lelaki biasa kerana Pieter mempunyai pengalaman luas dalam sukan permotoran dan juga gymkhana. Cesi MR2 ini juga ditala dengan membuang sehingga 80kg berat bagi membolehkannya membuat catatan masa pantas bagi perlumbaan memanjat bukit Simola Hill Climb yang biasa disertai olehnya.
Bagi mendapat agihan berat yang sekata, kedudukan intercooler dan tangki bahan api diubah ke bahagian depan cesi MR2. Cesi MR2 ini diperkukuhkan terutama di bahagian komponen double wishbone belakang dan menggantikannya dengan beberapa komponen aluminium. Bahagian lantai dan bumbung digantikan dengan menggunakan gentian karbon dan juga kevlar bagi menjadikan berat keseluruhan kereta ini dengan enjin 3500cc V6 turbo pada 1020kg sahaja
Bagi festival perlumbaan tahun 2021 Simola Hill Climb, Pieter mendapat tempat pertama dalam kategori Modified Saloon Car Champion dengan catatan masa 40.402 saat bagi jarak 1.9km laluan berliku dan mendaki bukit. Semua ini dilakukan oleh Pieter dengan mendapat izin isterinya yang juga seorang pelumba kereta. Ehem, beras kita beli bro….