Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN LOCAL HAZARD WARNING, BOLEH BAGI AMARAN ANTARA SATU SAMA LAIN

Volkswagen Golf 2019 atau lebih dikenali dengan Golf generasi ke 8 telah diuji dengan ujian kemalangan Euro NCAP. Model ini diberi penarafan 5 bintang oleh Euro NCAP dengan markah 95% bagi perlindungan dewasa, 89% perlindungan kanak-kanak, 76% perlindungan pejalan kaki dan 78% bagi teknologi mengelakkan kemalangan

Tapi terdapat satu ciri yang mengujakan pihak Euro NCAP dimana Golf generasi ke 8 ini dilengkapi dengan ciri Volkswagen Local Hazard Warning. Sistem ini menggunakan gelombang radio jarak pendek bagi berkomunikasi antara sesama kereta dengan tujuan memberi amaran awal kepada pemandu berkenaan bahaya yang ada di jalan raya.

Sebagai contoh sebuah Volkswagen Golf boleh memberi amaran kepada Volkswagen Golf yang lain memandu berselisih dengannya jika terdapat jalan rosak, kereta rosak atau adanya kemalangan berlaku. Amaran ini akan disampaikan kepada pemandu dengan menyalakan lampu amaran pada papan pemuka kereta.

Antara amaran yang yang boleh disampaikan atau diterima oleh kereta termasuklah jika wujudnya sistem brek pra-perlanggaran diaktifkan, wujudnya kenderaan yang berheti di lorong kecemasan, kemalangan, kerja-kerja pembaikan jalan, atau sistem Electronic Stability Control telah diaktifkan di kawasan tersebut.

Isyarat ini akan disampaikan dalam bentuk makluman awal dan jika kritikal ia akan memberi amaran tahap keseriusan kejadian yang telah berlaku. Sistem ini menggunakan aplikasi WLAN yang dikenali dengan “ETSI ITS-G5” yang beroperasi pada frekuensi yang ditetapkan dan dilindungi serta tidak bergantung pada sistem perhubungan telefon

Sistem ini telah diuji oleh ADAC iaitu persatuan permotoran Jerman dalam pelbagai situasi pemanduan seperti kereta yang rosak di bahagian selekoh. Mereka mendapati sistem ini berupaya berkomunikasi dan menyampaikan makluman kepada kenderaan lain serta memberikan amaran sekiranya situasi adalah kritikal

Namun kelemahan utama sistem ini ialah amaran hanya akan disampaikan sekiranya pemandu melebihi halaju 80km/j dan ke atas sahaja dimana pada kebanyakan masa pemandu cenderung memandu laju di kawasan kampung

Google ads
Back to top button