Buletin

TOYOTA LANCAR PASSO DI JEPUN!

Toyota Motor Corporation (TMC) hari ini melancarkan model kompak terbaharunya,  Passo yang juga dijual sebagai Daihatso Boon ke pasaran Jepun.

2016-Toyota-Passo-mekanika (2)

Didatangkan dalam dua pilihan pacuan – dua roda (2WD) dan empat roda (4WD), Passo menjadi model pertama yang dijana oleh enjin generasi baharu Toyota. Enjin bersesaran 1.0 liter itu dikatakan 30 peratus lebih jimat berbanding rangkaian kuasa sebelum ini.

2016-Toyota-Passo-mekanika (3)

Enjin berkuasa 69PS yang didakwa mampu mencatat penggunaan bahan api sekitar 27.6 km/L itu kemudian dipadankan kotak gear CVT. Penjimatan tersebut turut disumbang oleh Sistem Stop & Start Toyota yang mematikan enjin ketika kenderaan mula perlahan dan ingin berhenti pada kelajuan 9km/j.

2016-Toyota-Passo-mekanika (4)

Model kompak terlaris di Jepun itu hadir dalam dua rekaan tersendiri. Satu untuk  Passo X dan Passo G. Satu lagi pula untuk model Passo + Hana. Antara perbezaannya ialah lampu utama, bampar hadapan yang panjang serta kemasan krom pada hendal pintu dalaman, corong pendingin hawa dan banyak lagi.

Dari segi keselamatan, Passo dilengkapi sistem Vehicle Stability Control, Traction Control dan Emergency Brake Signal sebagai ciri standard pada semua varian.

2016-Toyota-Passo-mekanika (6)

Untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna, Passo didatangkan dalam sepuluh warna termasuklah warna baru yang dipanggil Ruri Mica Metallic. Warna kabin pula ialah coklat terang dan gelap (bergantung kepada varian yang dipilih).

Passo ditawarkan pada harga bermula 1,098,655 yen (RM39,41) sehingga 1,707,000 yen (RM61,225) seunit.

Toyota-Passo-2016-mekanika (7)

Toyota turut menawarkan model Welcab, khas untuk warga emas dan orang kurang upaya yang akan dijual mulai Julai 2016. Pengeluar kenderaan tersebut mensasarkan untuk menjual 5,000 unit Passo sebulan di Jepun.

Kredit foto: autofreaks.com

Google ads
Back to top button